Kambing Pak Kaduk

Assalamu'alaikum Wrmbth, Siapa pernah dengar kisah pak kaduk? Kisah jenaka warisan turun temurun yang banyak pengajarannya jika direnungkan oleh generasi sekarang ni. Kerana sesungguhnya ramai sungguh pak kaduk di kalangan kita. Tak percaya? Hehe..

Mari baca sedikit sebelum kita buat perbandingan. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pak_Kadok

Bermula Kisah

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

Si Kaduk

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan Raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayarannya lalu datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

Ayam

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam lalu ular tersebut meletakkan telur tersebut di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur ayam tersebut dan dieramkan oleh ayam ternakannya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk para pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Si Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam handalnya itu.

Kisah Pertarungan dan Persabungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya.
Dan di pihak Sultan pula: Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri Perak jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama ia tidak menyabung ayam.
Lantas dengan penuh debarannya Pak Kadok menunggu hari penyabungan ayam bersama baginda Sultan, Pak Kadok sekali lagi telah melakukan perbuatan yang tidak masuk akal. Dengan sebab majlis penyabungan ayam tersebut dibuat di istana Sultan, Pak Kadok telah merasakan ia perlu menyiapkan diri dengan pakaian yang lebih baik ketika hari penyabungan berlangsung. Pak Kadok sedar yang dia tidak mampu untuk membeli pakaian baru kerana dia adalah orang yang miskin. Dia telah meminjam sedikit wang daripada isterinya untuk membeli kertas kajang yang besar. Lalu apabila pulang dari pasar, Pak Kadok telah memberikan kertas kajang yang baru dibeli olehnya itu kepada isterinya untuk dijahit sebagai baju melayu, seluar dan tengkolok. Isteri Pak Kadok begitu hairan dengan arahan suaminya itu namun ia tetap akur untuk menjahit. Tatkala, bermulanya hari penyabungan, Pak Kadok telah memakai baju kertas yang dijahit rapi oleh isterinya itu.

Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Pak Kadok yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Pak Kadok pun bersorak sakan kerana ayamnya menang sehinggakan baju dan seluar kertasnya terkoyak rabak dan yang hanya tinggal Pak Kadok bertelanjang bulat. Sultan dan para penonton telah mengetawa dan mengejek Pak Kadok atas keadaannya ketika itu. Dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kadok sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan. Pak Kadok berasa amat malu dan terus pulang kerumahnya, lalu menceritakan perkara sebenar kepada isterinya. Isteri Pak Kadok pada mulanya berasa sangat marah dengan keadaan berbogelnya Pak Kadok itu, tetapi ia tetap meminta untuk Pak Kadok bersabar, bertenang dan meminta perlindungan dari Allah.
Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Habis kisah Pak Kadok, cuba kita tukarkan ayam tersebut kepada kambing. Tak kisahlah kambing aqiqah atau bukan. Orang kita di Malaysia cukup teruja sampai lupa diri lihat barangan luar negara sehingga merendah2kan kemampuan produk tempatan. Salah satunya isu kambing. Kambing kampung aka kambing tempatan memang dipandang enteng oleh orang kita. Cuba lihat sendiri daripada badan kerajaan ke orang perseorangan sibuk menternak baka boer jamnapari dan sebagainya kerana kononnya ia mudah diternak dan banyak keistimewaannya. Boer ada diwar2ka mempunyai kualiti daging terbaik dan sebagainya. Jamnapari pula kononnya mampu memberikan kuantiti daging dan pada masa yang sama  susu yang banyak.

Saya juga pernah termasuk dalam golongan yang kelabu mata melihat kebulatan kambing luar ni tapi tidak lagi. Kambing kampung mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca Malaysia, maintenance rendah, cepat membiak dan sangat bijak menyesuaikan diri. Jika orang Malaysia tidak menghargai kambing kampung ini, tidak mustahil suatu hari nanti, akan ada tangan2 lain dari ldalam dan luar negara daripada bangsa asing yang akan membuat dakwaan bahawa baka kambing ini milik mereka (berasal daripada negara mereka) dan pada masa tersebut barulah kita hendak buka mata dan celik dengan kelebihan kambing kampung. Bukankah sudah banyak terjadi, bahulu, tempe, karipap dan lain2 lagi produk orang islam tetapi dihasilkan pengusaha bukan islam.  Insyaallah selagi Allah mengizinkan, akan ada orang tempatan yang akan berjuang dalam ternakan kambing ini (semoga ALlah swt izinkan saya ter masuk dalam golongan ini).

Comments

  1. Hidup kambing kampung..haha..baru lpas mnyuntik Terramycin  LA kt kmbg kmpung td.yg mngherankan aku Boer xkena pulak sakit mata nih..kire kuat jgk anatibodi utk pink eye bg Boer..huhu

    Hbrid vigor is our target bro..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts