Motivasi dari Kandang Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma Solli Ala Muhammad. BIla sebut tentang kandang terus terlintas dikepala kotor dan busuk di minda. Tapi itulah realitinya di Malaysia bukan. Kandang memang kotor dan tak terurus. Ada juga sekali sekala jumpa kandang di kelas tersendiri tapi tak lebih dari 20% populasi pun. Oleh kerana kambing2 dan penternak dan pembiak menghabiskan kebanyakan masa di kandang, mari cuba serikan persekitaran kandang dengan apa2 yang patut.

Salah satu perkara kecil yang menyenangkan mata saya memandang dan memberikan sedikit motivasi tatkala terlihatnya adalah seperti berikut. Hehe, dalam keadaan genting memang alhamdulillah membantu.

Mesej positif, Jangan mengaku kalah

Action speaks louder than words, Semangat juga hari2 ada aura positif di kandang ni.
Tak payah susah susah pergi kursus motivasi, tampal je di dinding buat tatapan setiap hari. Bidang penternakan memang banyak ujian dan cabaran Allah swt. Jadi, semua perkara kecil yang positif insyaallah mendatangkan hasil.

Dan.. 2 hari lepas, akibat perasaan belas kasihan yang tidak bertempat, saya berikan seekor kambing betina dara pelet secara berlebihan. Akibatnya, 1 hari kemudian mulutnya keluar buih dan sekali lagi kambing ini mula menunjukkan simptom buta. Tanpa berlengah, saya rawat dengan soda bikarbonat sesudu dan selepas 2 jam saya berikan bekalan yogurt dengan bakteria hidup untuk pulihkan kembali persekitaran rumen. Vitamin B1 juga diberikan secara intramuscular.

Alhamdulillah pagi ni dah sembuh kambing tersebut. Memang beza pengalaman kali ni dengan yang lepas. Applied knowledge reinforced with experience and skill does make a difference. Alhamdulillah syukran

Comments

  1. Sabtu lepas melawat kandang tuan, mmg bersih & teratur. Keep it up. Semoga bertambah baraqah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts