Hukum Daging Aqiqah Kenduri Kahwin

Soalan Daging Aqiqah Untuk Kenduri Kahwin
Ringkasan soalan
1. Apa hukum menggunakan daging aqiqah  untuk kenduri kahwin bagi lauk pauk tetamu? 
2. Jika boleh, Adat orang kita memberi duit kepada tuan majlis tetapi daging tersebut adalah dari aqiqah. Apa hukumnya?

Create your own banner at mybannermaker.com!
Jawapan
1. Hukum menggunakan daging aqiqah untuk kenduri adalah dibolehkan dan memperoleh pahala sunat kerana memberi makan daging aqiqah yang dimasak. Tetapi haram sama sekali orang kafir memakannya, seandainya termakan maka terbatallah aqiqah tersebut.
2. Boleh menerima sumbangan kerana tiada hubungkait dengan aqiqah yang dilaksanakan.

Sumber
http://www.bakit.com.my/bakit/IFrame/7.Ilmiah/1.Soal_dan_Jawab_Agama/3.Ibadah/Persoalan_mengenai_qurban_&_aqiqah.htm

Comments

  1. PENDAPAT FUQAHA’ MENGENAI PEMBERIAN DAGING AQIQAH KEPADA ORANG KAFIR
    Khamis, 11 Jun 2009

    Soalan :Ada pendapat megatakan BOLEH dan ada yang mengatakan TIDAK BOLEH memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam. Apakah hukum memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam?Jawapan :Pendapat fuqaha’ mengenai pemberian daging Aqiqah kepada orang kafir:1. Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging aqiqah sunat atau wajib kepada bukan Islam. 2. Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging aqiqah sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging aqiqah wajib, seperti aqiqah yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat. 3. Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging aqiqah sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging aqiqah wajib.4. Semua ulama mazhab sepakat (ijma') memberi atau memberi makan daging Korban atau aqiqah wajib kepada bukan Islam adalah haram. Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafi’ie saja yang berpendapat daging aqiqah sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukanIslam. Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging aqiqah sunat, tidak harus jika aqiqah wajib. Imam Nawawi pula yang bermazhab Syafi’ie dalam kitab al Majmuk syarah al Muhazzab dalam bab al udhiyah menjelaskan bahawa, apa yang dikehendaki oleh mazhab ialah harus memberi mereka (kafir zimmi) makan daripada daging korban sunat tetapi tidak yang wajib wallahu a’lam.Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada penganut pelbagai agama, pendapat majoriti ulama yang mengharuskan orang bukan Islam diberi atau diberi makan daging aqiqah sunat lebih baik diterima pakai. Ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam memang ada sistem yang mesra bukan Islam dan dapat memelihara perhubungan antara agama. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. MOga bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Memang elok jika budaya berkongsi ilmu diterapkan dalam masyarakat

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts