Hukum Aqiqah Guna Duit Tunai dan Bukan Kambing
Hukum Aqiqah Di Gantikan Duit
Ringkasan Soalan Hukum Aqiqah :Boleh terangkan cara sepatutnya melaksanakan aqiqah. Saya ingin Adakah aqiqah dengan menggantikan kambing dengan pemberian wang diterima islam kerana wang itu dapat dibelanjakan oleh mereka dan lebih mendatangkan manfaat berbanding kambing yang terhad kepada dagingnya? Harap ustaz dapat berikan pendapat hukum akikah tersebut dari segi agama. Berapa perlu saya bayar jika boleh?
Bolehkah Aqiqah digantikan dengan Wang untuk mereka yang memerlukan? Apakah hukum nya? |
Jawapan Hukum Aqiqah digantikan duit derma: Aqiqah adah ibadat penyembelihan yang hukum nya disunatkan dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran oleh ibubapa atau penjaga. Rasulullah telah bersabda:
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”. (Hadis Riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)
Beberapa hadis lain menyatakan aqiqah tidak dapat diasingkan dengan sembelihan minima 1 ekor kambing seperti hadis diriwayatkan oleh At-Tarmidzi & Abu Daud:
1. “Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah mengaqiqahkan Hasan dengan seekor kambing”. (Hadis Riwayat At-Tarmidzi) diriwayatkan daripada Sayidina Ali Radhiyallahu 'Anhu
2. "Sesungguhnya Rasululllah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah mengaqiqahkan seekor kibash untuk al-Hasan dan seekor kibash untuk al-Husain" diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: (Hadis Riwayat Abu Daud)
Terang dan nyatalah bahawa hukum ibadat Aqiqah dengan penyembelihan seekor haiwan ternakan tidak dapat dipisahkan. Perkara ini dapat diamati melalui makna Aqiqah itu sendiri didalam Islam yangberkait langsung dengan penyembelihan haiwan ternakan.
Berikut adalah erti Aqiqah / akikah yang dirujuk daripada Kitab Fiqh Mazhab Syafi'i Jilid 3 muka surat 631.
“Aqiqah adalah berasal daripada lafaz kalimah arab yang membawa maksud potong. Ibadat ini diberi nama dengan “Aqiqah”adalah kerana pada asalnya ia adalah merujuk kepada rambut yang berada di atas kepala bayi sewaktu dilahirkan yang kemudiannya akan dipotong atau dicukur pada hari ke-7 daripada tarikh kelahirannya.
Semasa rambut bayi dipotong / dicukur,1 ekor haiwan ternakan akan disembelih & sebab inilah menyebabkan ibadat ini disebut sbg Aqiqah. Maka, aqiqah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit sebagaimana yang dimaksudkan dalam soalan diatas.
Hukum menyedekahkan daging haiwan aqiqah sembelihan setelah dimasak dengan masakan yang manis sunat. Masakan manis supaya dengan harapan anak yang diaqiqahkan turut mempunyai akhlak yang baik dan manis dilihat orang.
Bebalik kepada hukum aqiqah, Sunat menyedekahkan daging dengan masakan manis tidak dapat dilaksanakan jika sembelihan Aqiqah ini ditukar dengan nilaian harga haiwan tersebut.
Ringkasnya, Hukum Aqiqah ditukar dengan pemberian wang setara dengan harga haiwan ternakan tersebut tidak dibolehkan dan ia mesti dilakukan dengan melakukan penyembelihan haiwan ternakan. Jika ia ditukar, ia telah menyalahi Sunah Rasulullah SAW dan sudah tentulah matlamat mengadakannya tidak tercapai. Wallahu 'Alam. Sumberhttp://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/39971

Aqiqah dilaksanakan sekurang-kurangnya seekor kambing yang cukup syaratnya |

Comments
Post a Comment
Assalamualaikum