Ternakan Kambing: Kambing Boer

Assalamualaikum Wrmbth,
TERNAK KAMBING : KAMBING BOER

Mari kita berkenalan dengan pelbagai spesis kambing. Kambing-kambing ini mempunyai kelebihan tersendiri :). Klik SINI untuk link asal artikel ini http://romatechagroternak.blogspot.com/. Semoga beroleh manfaat

Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah.

Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).

Penyakit : Kambing jenis ini tahan kepada serangan penyakit serta memiliki prospek pemasaran yang baik. Boleh meragut - impek terhad pada rumput atas (grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini.

Beranak : 3 kali dalam masa 2 tahun. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian >200 g/hari.

Ciri-Ciri : Kambing jenis Boer mempunyai sifat-sifat kambing pedaging dan berwarna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala. Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian. Baka ini sangat popular di Malaysia pada masa kini.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kakinya pendek, tegap, berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik.

Piawaian : Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehadiran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.

Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 110kg hingga 135kg manakala berat betina dewasa dari 90kg hingga 100kg.

Tempoh Matang : Kambing Boer adalah cepat matang :-

* Jantan - 6 bulan.
* Betina - 10 hingga 12 bulan.


Ringkasan Ciri-ciri Kambing Boer

* Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
* Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
* Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah
* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.

Jenis-Jenis Kambing Boer (Kacukan)
Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing Feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan Boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan Feral.
Boer F2
Boer FB dikacukkan dengan Boer F1 menghasilkan Boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri Boer yang berkualiti.
Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara Boer FB dengan Boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Boer F4
Begitu juga Boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara Boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding Boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan juga kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing Boer FB juga.


Boer F5 (Purebreed)
Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen Boer yang kuat. Secara keseluruhannya, kelihatan Boer Purebreed hampir sama dengan Boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).

Comments

Popular Posts