Harga Kambing Golek Panggang

Harga Tempahan Kambing Golek Panggang

Assalamualaikum Wrmbth,Alhamdulillah bersempena bulan ramadhan yang mulia ini kambi mendapat tempahan kambing golek dan panggang untuk hidangan berbuka. Masyaallah, memang luarbiasa sambutannya. Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan kambing golek untuk berbuka puasa dan hari raya telah dibuka. Harap maklum, saban tahun, kuota tempahan kami penuh sekiranya lambat menempah. Harga bagi pakej kambing golek adalah seperti berikut.



Harga Tempahan Kambing Golek

Terdapat pakej harga untuk kambing golek yang disediakan, bagi tujuan biasa (bukan aqiqah) dan bagi majlis aqiqah. Perbezaannya pada kambing yang digunakan. Kambing majlis biasa tidak sama dengan kambing untuk tujuan aqiqah.

1) Kambing Golek Bukan Aqiqah


Berat karkas (Tulang + Daging bermaksud yang telah disembelih): 15-18kg
Harga Pakej Kambing aqiqah: RM900
Apa yang anda dapat: Kambing siap panggang, 2 orang pelayan, coleslaw, sos lada hitam dan salad
Saiz Hidangan/ekor: +-80 orang

2) Kambing Golek Aqiqah

Berat Karkas: 15-18kg
Harga: RM1300
Apa yang anda dapat: Kambing siap panggang, 2 orang pelayan, coleslaw, sos lada hitam, mayonaise dan salad
Saiz Hidangan/ekor: +-80 orang

Daging kambing banyak khasiatnya, ia adalah daging terbaik dunia. Menurut maklumbalas pelanggan kami yang berkali kali datang menempah, Sos lada hitam kami memang terbaik. Sangat sesuai dan secocok dengan kambing aqiqah.Meriahkan majlis anda dengan tempahan kambing panggang golek pada harga serendah RM900. Anda cuma perlu menikmati juadah sambil mengeratkan silaturahim bersama ahli keluarga.

Sekiranya anda bercadang memasak sendiri kambing golek, boleh cuba try test resepi dibawah. Selamat mencuba. Hati hati memanggang kambing golek tersebut kerana memerlukan kemahiran yang baik agar daging tidak hangus diluar dan dalam daging masih mentah dan berdarah.

Resepi RAHSIA Kambing Golek


Bahan-bahan:
2 kg kambing (lamb shoulder)
60 gm serbuk ketumbar
40 gm serbuk jintan putih
50 gm serbuk jintan manis
40 gm serbuk lada hitam kasar
100 gm yoghurt
2 sudu makan madu
1 biji lemon
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
100gm bawang merah
60gm bawang putih
60gm halia
4 batang serai
Bahan-bahan untuk sos:
250gm krim masam
80gm daun pudina dikisar
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan-bahan bersama kambing dan perapkan sekurang-kurangnya 1 jam atau sebaik-baiknya semalaman.
2. Kemudian bakar sehingga kambing masak.

Comments

Popular Posts