Graduan Universiti Oversea Kini Usahawan Ayam Berjaya

Graduan Universiti Oversea Kini Usahawan Ayam Berjaya


Assalamu'alaikum Wrmbth,
Hari ini, saya hendak bercerita mengenai seorang sahabat saya di alam maya ini iaitu Haji Mohd Firdaus Mat Saad.

Saya mengenali saudara Firdaus daripada blog ternakan ayamnya di www.mariafirdaus.com.my. Dah lama saya follow blog beliau.

Saudara Firdaus merupakan seorang graduan dari universiti di luar negara. Semasa membaca blog beliau, saya sering terfikir, mengapa seorang graduan luar negara yang mempunyai keputusan track record yang baik berhenti kerja dan menternak ayam.

Sejak sekian lama, saya menjadi pengikut setiap blog tersebut. Terlalu banyak ilmu yang bermanfaat saya peroleh daripada perkongsiannya.
Alhamduillah, saya kerap berdoa pada Allah swt agar memberikan saya seorang role model agar dapat dijadikan pedoman untuk mengharungi hidup sebagai seorang usahawan. Alhamdulillah, banyak tips perniagaan yang saya dapat daripada blog beliau.

Baru baru ini, Saudara Firdaus ada menulis 3 buah Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Ketiga tiga Ebook ini ditulis hasil dari pengalaman beliau yang sebenar.

Beliau menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau bermula, dari seorang anak kampong yang biasa biasa, kurang cemerlang dalam pelajaran kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga menjadi pelajar terbaik di universiti di luar negara.

Terdetik dihati saya untuk membacanya.  

Allah maha mendengar, Alhamdulillah niat saya didengar Nya. Saya dapat membaca ketiga tiga Ebook tersebut. Melalui Ebook tersebut, terlalu banyak ilmu yang saya pelajari.

Walaupun sebahagian daripada apa yang dikongsikan beliau sudah saya amalkan. Saya rasa, banyak lagi rahsia rahsia kejayaan yang telah beliau kongsikan dalam ebook tersebut.

Beliau berjaya berkongsi dengan pembaca bagaimana beliau berjaya semasa belajar dahulu.

Bermula dari anak kampong, beliau kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang, kemudian ke MRSM Taiping, ke Kolej Mara Banting dan ke University of Sheffield, United Kingdom.

Terlalu banyak pengalaman yang beliau kongsikan sepanjang beliau belajar dahulu. Setiap tips dikongsi dengan begitu baik dalam bentuk penceritaan. Menyebabkan saya tidak rasa bosan membacanya.

Semasa belajar, saudara Firdaus seorang yang sangat aktif dalam persatuan dan kepimpinan. Beliau tersangat sibuk. Namun, "beban" yang digalas oleh beliau berupa tanggungjawab dan amanah telah mematangkan dan memberi impak positif dalam pembinaan sahsiah hidup sebagai seorang yang efektif dalam apa yang diusahkannya.

Selepas membaca buku ini, terjawablah persoalan mengapa orang berjaya terus berjaya dan mereka yang gagal terus kecundang dalam permainan kehidupan. Kitaran hidup yang ganas ini hanya dapat diperbetulkan melalui amalan sistem nilai yang betul.

Saya amat menyarankan agar anda semua membaca EBOOK ini kerana pengajaran yang dapat diperolehi bukan sahaja berguna sebagai seorang pelajar, bahkan sebagai pekerja dan usahawan berjaya.

Bagi saya, harga yang ditawarkan ini tersangat murah berbanding dengan ilmu yang diperolehi.

Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya didunia, bahkan ramai dari para sahabat besar nabi merupakan seorang peniaga. Rasulullah SAW juga adalah seorang usahawan berjaya sebelum ditabalkan sebagai seorang Nabi dan Rasul.

Buku saudara Firdaus mengupas kedua dua belah bahagian, kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Ini kerana banyak ayat al quran dan hadis dipetik untuk mengaitkan tabiat orang berjaya menurut neraca islam.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Ebook ini, saya menyarankan anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut di 


Belikanlah Ebook ini untuk anak anak atau adik anda. Percayalah, Insya Allah ia akan membantu mereka yang sedang belajar hari ini. Apa yang lebih menarik, saudara Firdaus menawarkan 100% Money Back Guarantee.
Jika anda beli dan tidak berpuas hati, beliau akan memulangkan wang anda sepenuhnya. Tetapi, saya berani jamin. Anda pasti berpuas hati dengan kualiti buku ini.




Comments

  1. Assalamualalaikum Tuan,
    Hj.firdaus antara idola den dalam bdg penternakan amnya dan khidupan sharian khususnya.Antra cntoh penternak berjaya tnpa mengabaikn bekalan akhirat.Tuan lma dh mnyepi ni..den ucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf jika ada slah silap n smoga amalan diterima spnjg bulan Ramadhan..:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts