Kambing dan Intensive Goat Unit

Assalamu'alaikum Wrmbth, Nampaknya makin ramai orang bela kambing semula dan ramai juga penternak baru buka kandang. Semoga usaha penternakan kambing anda berjaya dan binalah semangat berjaya bersama sama melalui menimba ilmu. Balik kepada musim raya, memang penat sungguh bulan ni sebab sana sini orang nak kambing golek. Sampai merayu2 minta pesanan diterima tapi apa nak buat dah penuh. Pesanan pada tuan tuan, kalau nak buat rumah terbuka syawal pesan awal2 daripada bulan ramadhan supaya anda dapat pembekal perkhidmatan terbaik dan harga terbaik. Masa raya semua naik, harga naik dan permintaan pun naik, sampai kambing frozen pun naik harga.

Betullah sekarang ni harga kambing import aka trading dah meningkat tinggi. Sampai lebih tinggi daripada kambing tempatan. Dulu angkara kambing import nilah ramai tutup kandang dan ramai yang tutup tu amalkan sistem intensif. Kambing duduk atas kandang fulltime. Makan tanggung.

Dalam sibuk2 orang kita beraya ni, 2 hari lepas ada kes kecemasan berlaku di kandang kami. Kambing 2 ekor terlebih makan dedak dan mengalami kembung melampau. Berlaku ralat atas kandang dan ada kambing ambil inisiatif ceroboh stor simpan makanan dedak. Perghh.. memang bantai habis makan dedak. Kesudahannya petang tu tergolek kambing ni kekembungan yang akut (serius). Sebelum ni dah lama tak jadi kes kembung ni, kalau jadi pun sikit2 dan cara rawatannya pun mudah, ambil soda bikarbonat atau serbuk penaik buat roti dan kek tu dan campurkan sedikit air. Ambillah dalam 1 sudu kecil ke satu sudu besar dan suapkan kedalam mulut kambing. Lepaskan kambing meragut dan selesai masalah ni.

Tapi kembung kali ni memang tahap kronik, kalau di rujuk diinternet ada 2 jenis kembung kambing. Pertama jenis dry (kering) atau free gas bloat. Yang ni senan nak rawat. Bagi je soda bikarbonat macam tadi dan lepaskan kambing berjalan supaya angin senang keluar, Jeni s kedua ni yang payah sikit, Frothy (buih) dan rumen akan mengembang kerana buih timbul didalam perut menyebabkan kambign tak dapat sendawa. Bukan main2 punya kes, serius ni.

Jadi selepas tanya sana sini dan baca sana sini, jawapannya ialah kita wajib bagi soda bikarbonat. Tunggu 2-3 jam dan lihat samada kambing dapat mengeluarkan udara dari perut2nya. Kalau melalui pemerhatian tiada tanda2 pengurangan dan kambing semakin lemah dan tak boleh berdiri. Ikut nasihat internet dan penternak dan juga doktor veterinar maka terpaksalah guna cara terakhir, TROKAR CANNULAR. Alat ni digunakan untuk menebuk satu lubang di bahagian bawah tulang rusuk kiri lokasi rumen berada dan membolehkan udara keluar dan kemungkinan untuk kambing hidup kembali.

Masalahnya, cara ni serampang dua mata. Bila kita tebuk rumen dengan trokar memang tak boleh cabut suka2 hati (bak kata chef rancangan hidangan barakah tv alhijrah). Hanya doktor vet boleh cabut dan jahit lubang ini. Pada aku tak praktikal sebab panggil vet je dah kena bayar berapa. Tapi dalam kekalutan aku pandu juga kereta ke kedai pembekal alatan veterinar. 2 kedai pergi baru jumpa, di kelana jaya. Dekat wisma FAM. Harga RM70 dan jenis tainless steel. Saat penentuan pun tiba, nak tebuk ke tak nak tebuk. Ku renung2 wajah mu yang kesakitan tak sampai hati pulak nak bagi suntikan maut ni.

Masa tu hanya Allah swt tempat berdoa, mohon pertolongan nak selamatkan kambing ni. Dan akhirnya macam mana dapat ilham untuk buka internet sekali lagi. Cari punya cari akhirnya masuk ke youtube. Adalah minat mat saleh ni ajar satu cara bukan "Standard Operating Procedure" iaitu do at your own risk. Masukkan tube kedalam rumen dan pamkan campuran minyak bersama soda bikarbonat. Minyak berfungsi untuk kurangkan ketegangan permukaan (surface tension) buih. Jadi bila ada minyak ni belon2 dalam perut meletup kerana hilang ketegangan permukaannya dan soda bikarbonat untuk stabilkan semula pH rumen.

Alhamdulillah, pengalaman menyembelih kambing memang membawa kelebihan kali ni, aku dah tahu lokasi urat marih (esofagus). Risiko teknik ni bagi yang tak biasa bezakan ura halkum (trakea) dan marih (esofagus) ialah kalau tube ni masuk trakea dan anda pamkan camuran minyak dan soda bikarbonat boleh mati terus kambing ni. JAdi petunjuk awal yang tube anda masuk kedalam trakea ialah kambing akan batuk kerana mekanisme semulajadi badan untuk singkirkan benda asing dalam trakea dan salur pernafasan. Lagi satu cara, kita boleh agak panjang tube ke rumen dan jarak ke rumen lebih panjang daripada ke trakea. jadi pastikan betul2 tube tu masuk kedalam rumen.

Lepas tube berjaya sampai ke rumen, pamkan campuran minyak masak dan soda bikarbonat dan pastikan masuk habis didalam perut. Macam susah je semua ni, tapi alhamdulillah pagi aku post artikel ni, kambing tersebut dah pulih. Memang syukur pada Allah swt sebab bagi ilmu baru.

Cara ni tuan2 kena ambil risiko sendiri melalui pengalaman, saya tak tanggung kalau masuk trakea (halkum) dan mati atas sebab minyak masuk paru2. Kalau anda mahu meninggikan lagi proses pengeluaran angin dari rumen, urut perut sebelah kiri macam kita adun roti. Woww.. memang panjang sendawa kambing ni. Bau gas rumen memang terbaiikk.. buang angin pun menambahkan lagi kelegaan kambing.

Pengajaran kali ini, pastikan anda jaga rapi stor simpanan dedak, silap haribulan kenduri open house kambing2 anda bakal menjadi mimpi ngeri kematian berantai. Itulah sehari pengalaman dalam Intensive Goat Unit (verci ICU bagi manusia). Berpeluh2 juga selamatkan kambing2 ni. Badan pun sihat. Hehe. Semoga berjaya.

Comments

  1. Pengalaman menarik tuan..tahniah kerna berjaya melakukan rawatan sendiri..perghh..kalau aku tak sanggup tu nak cucuk.haha...

    ReplyDelete
  2. owh..pakai tube dari mulut laa nih.hebat2..saat kritikal boleh pikir lagi yer tgok youtube..aku tak smpai tahap pemikiran smpai bini nak bersalin tu tuan.maklumla kahwin pun belum.takut nanti aku yang pengsan.haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts