Penternak Kambing Profesional adalah Fardhu Kifayah

Assalamu'alaikum Wrmbth, Semua orang faham fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain menyentuh soal ibadah manakala fardhu kifayah menyentuh kehidupan seharian. Hari ini kita sentuh soal fardhu kifayah. Semua pekerjaan adalah fardhu kifayah asalkan halal. Maksudnya, jika dalam satu kawasan, tiada peniaga peruncit dari kalangan orang islam maka semua orang dikawasan tersebut berdosa.

Jadi, orang islam Malaysia zaman ini ramai yang gemar makan gaji. Lebih2 lagi kalau dapat kerja kerajaan dan GLC seperti TNB, FELDS dan lain2. Jadi, peluang perniagaan seperti peruncitan dan penternakan rata2 di peloposri orang bukan islam. Salah siapa? Fikir sendiri. Jadi, pekerjaan kotor dan busuk seperti penjual ikan, nelayan dan penternak kambing siapa mahu wakili daripada orang islam? Jangan satu masa nanti dan memang sudah terjadi pun kita membeli kambign aqiqah daripada orang bukan islam.

Marilah kita bersama-sama memperjuangkan nasib umat islam tidak kira bagaimana pun sumbangan anda. Kalau sebut ternakan kambing di Bidor dan Keratong sudah ada wakilnya. Heheheh. Jadi saya doakan selamat maju jaya. Dengarnya orang keratong nak buka ladang ayam. Saya doakan berjaya. Cuma, rancang betul2 tuan. Modal masa dan wang ringgit perlu dipergunakan semaksima mungkin. Ramai orang kita gagal dalam perniagaan, entah apa puncanya. Mari kita baca artikel di bawah ini daripada Dr Ridhuan Tee.

Agenda ultra kiasu melalui makanan dan hiburan

http://ridhuantee.blogspot.com/2012/06/agenda-ultra-kiasu-melalui-makanan-dan.html
(Sinar Harian 18 Jun 2012)
Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan, kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan.
Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan, telah berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi, kaki katak dan sebagainya dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini. Apakan daya, lebih 70 peratus pengeluar makanan adalah orang bukan Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak menjadi pengeluar, semata-mata menjadi pengguna. Memang sukar untuk kita mendapatkan sumber dan makanan yang benar-benar halal jika umat Islam tidak menguasai ekonomi.
Ultra kiasu amat licik, untuk melariskan produk makanan mereka, berbagai strategi digunakan, termasuk memperalatkan atau memberi nama-nama berbunyi Melayu (Islam), mempergunakan pekerja Melayu (terutama Indonesia) dan sebagainya. Hak mereka sebagai seorang Islam, misalnya untuk bersolat, langsung tidak pedulikan. Pada mereka, solat merugikan perniagaan. Maka tidak hairanlah ramai pekerja-pekerja umat Islam sudah hilang jati diri, kerana hati mereka sudah mati, kerana semakin hari semakin berjauhan dengan Pencipta.
Lebih menyedihkan, ada beberapa kedai mamak telah dibeli mereka. Mereka masih mengekalkan nama-nama berunsur keMelayuan dan keIslaman untuk menarik pelanggan. Sedangkan makanan yang disaji belum pasti halal atau tidak. Mereka juga sanggup berkahwin dengan orang asli, untuk mendapatkan lesen, tanah dan sebagainya. Setelah semuanya didapati, habis manis, sepah dibuang. Apa yang tidak membawa hasil akan ditinggalkan. Sebab itu, saya mempertikaikan semangat patriotisme mereka.   
Saya tidak pasti apakah ramai yang buta hatinya ada kaitan dengan makanan yang tidak halal. Kadang kala saya merasa amat pelik, kedai makanan atau kopitiam mereka, bukanlah hebat sangat. Hanya kerana ada stail, bergaya, dan ada standard, kita sanggup duduk berjam-jam dalam kedai mereka menghabiskan wang ringgit.
Contohnya, kopitiam kopi putih bandar lama, masih ramai orang Islam yang makan di situ tanpa segan silu. Kopi putihnya tidaklah seberapa. Beli sahaja dikedai, minum di rumah bersama keluarga. Bukankah lebih baik? Kebetulan terbaca artikel Dr. Mark Hyman (7 Jan 2011), seorang pakar perubatan dan penulis hebat, makan minum di rumah boleh menyelamat dan memanjangkan nyawa berbanding makan di luar.
Kita selalu mengadu tidak banyak masa untuk memasak. Tetapi penyelidikan di Amerika membuktikan bahawa banyak masa dihabis dengan menonton rancangan memasak daripada memasak  untuk diri sendiri dan keluarga. Dalam siri Food Revolution, Jamie Oliver mengatakan,  kita sedang mendidik generasi akan datang yang tidak akan mengenal sayur, buah dan tidak tahu memasak. Katanya lagi, I believe the most important and the most powerful tool you have to change your health and the world is your fork.
Menurut Hyman, kanak-kanak yang mendapat makanan yang cukup bersama keluarga lebih berjaya atau mendapat keputusan baik di sekolah dan hubungan kekeluargaan lebih akrab. Selain itu, penyelidikan menunjukkan 42 peratus kurang berkemungkinan untuk minum arak, 50 peratus kurang merokok atau mengambil ganja, 66 peratus kurang merokok.
Untuk memulakannya, Hyman menasihatkan kita semua supaya masak dan makan di rumah dengan memeriahkan dapur. Penuhi dapur dan peti sejuk dengan buah-buahan tempatan dan makanan segar  dan mengurang makanan manis dan berlemak.
Makan di rumah sebenarnya amat dituntut oleh Islam, kerana di situ ada keberkatan. Bayangkan jika sambil memasak makanan berkhasiat kita berdoa dan berzikir. Tidakkah semua ini sudah cukup membuktikan kajian barat itu. Masalahnya kita tidak mahu lihat keberkatan itu. Kita lebih melihat glamour. Kita telah terperangkap dengan agenda ultra kiasu. Akhirnya hati menjadi hitam.
Saya menasihatkan umat Islam, jika teringin sangat untuk makan di luar, masih banyak lagi kedai orang Islam. Negara kita adalah syurga makanan. Carilah yang halal tanpa was-was. Dari segi kaedah, umat Islam perlu membantu sesama sendiri dahulu. Baharulah membantu orang lain. Ini tidak, saudara sendiri, entah ke mana. Bab orang lain begitu beriya-iya. Siapa yang salah sebenarnya? Kita juga. Kita tidak mempercayai sesama sendiri. Kita lebih mempercayai orang lain.
Sebelum ini kita biasa mendengar berita serbuan Jakim dan pihak berkuasa ke atas restoran yang menggunakan loga halal palsu, ramuan yang haram dan sebagainya. Tapi kebanyakan kita buat tidak kisah. Sedangkan kita tahu ini agenda ultra kiasu untuk mengaut keuntungan dan menghitamkan hati kita? Lebih menyedihkan jika ada pihak berkuasa yang melindunginya. Kita akan menyesalkan suatu hari nanti.
Ingatlah, pengusaha makanan ultra kiasu sanggup menggunakan taktik yang keji semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan orang Islam. Penternak ayam ultra kiasu sanggup menurunkan harga ayam di bawah paras siling agar penternak ayam Islam mengalami kerugian dan tidak berupaya bersaing. Namun, apabila pengeluaran ayam berlebihan, penternak ayam ultra kiasu sanggup membakar anak-anak ayam hidup-hidup demi untuk mengawal harga.
Hari ini, ultra kiasu melancarkan kempen di alam maya untuk memboikot KFC (disebabkan insiden ultra kiasu kurang ajar) dan juga kempen memboikot roti Gardenia. Mereka sudah ada syarikat roti ultra kiasu. Bacalah dalam laman web, bagaimana kempen kotor ini berjalan. Sama juga dengan konsert nasyid yang melibatkan penyanyi antara bangsa yang akan berlangsung 16 Jun ini.  Semua sponsor konsert tersebut  terdiri dari syarikat Islam. Yang peliknya event managementnya adalah syarikat seratus peratus tidak Islam. Persoalan saya, tidak adakah orang Islam professional yang boleh menjadi event management, sehingga terpaksa mengambil ultra kiasu?

Comments

  1. Assalamualaikum Tuan Fairul..

    Tuan minat Ridhuan tee ni yer dgn agenda ultra kiasu nye.aku brape stuju sgt dgn pndgn beliau nih.tp xpela stiap org ade pndpt msing2 ye x.brblik pd mkn gaji tu mmg xprnh sdetik pun niat utk berniaga dr kecil hnggalah dewasa.skrg je baru timbul minat trsebut.apa msalah org Melayu ye sbb mmg kita xdidik dr kecil untuk jd seorg pengusaha bkn pengguna.mslh ini aku tgok lbih kpd bangsa Melayu tu sndiri sbb Cina Muslim ttp brniaga,India Muslim dgn kedai mamaknya..tp skrg Alhamdulillah ksedaran tu mula timbul diklgan bangsa melayu utk mnjd pengusaha..

    ReplyDelete
  2. tnpa bangsa lain mgkin Malaysia akn jd sprti Brunei sape tau.rakyat ada elaun,kite hsil bumi byk bro.mnyak shj dh brpe billion stahun.cume kdtgn bngsa lain mgkin mmprcptkn prtmbhan ekonomi ngra.it's win-win situation la.haha..

    rsuah tu kalu dprngkt atasan tu ketua sgla penyagak.org bwahan apetah lg.bg akula kalu pemimpin kite bersih insyaAllah yg lain pun akn ikut sama.jd kite kne pilih pmimpin tg btul2 bleh mmimpin dunia dan akhirat skaligus.mmg kalu ckp psal smpai ble2 xhbs2..tp itula realiti skrg.byk brckp dr melaksana.same2 doakan ngara kita beroleh kepimpinan yg betul2 kompeten skaligus mmajukn industri kmbing negara.haha..

    ReplyDelete
  3. tula prsoalannye tuan fairul..kte lbih slesa jd pngguna brbndg pengusaha.ngara Islam hmpir smua dkurniakn Allah hsil bumi yg bnyak..

    iye.mri sme2 kite mnyambut cbran bru nih.networking tu pnting.bangsa lain sibuk networking kte duk brgaduh n dengki satu sma lain.realiti2..

    aku puas jelajah blog cr pntrnak yg mntrnak dgn ilmu dn kaedah yg brbeza dgn buku.huhu.nseb baikla jmpe alwigoatfarm.kalu x mau jatuh trjelepuk aku ikut fhaman n ajaran yg xbrape sesuai.hehe..syukur2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts