Assalamu'alaikum Wrmbth, dah masuk 3 minggu kambing kampung baru masuk kandang kami, alhamdulillah memang cemerlang mereka ni. Sudah sesuaikan diri dengan kandang baru. Nampak juga mereka dah mula suka meragut sekitar kawasan kandang dan makin sukar juga nak kejar mereka ni. Maklumlah selok belok kandang dah makin mahir, ada saja laluan baru diterokai.
|
Inilah dia Induk Dominan dalam kawanan kambing saya, habis semua kambing lain ditanduknya. |
Kambing ibu atas ni saya namakan permaisuri, sebab semua kambing lain respek pada dia. Bukan main ganas lagi sondolan sampai terpelanting. Ikut perkongsian tuan lama kambing ni, dah masuk parity ketiga dan pandai jaga anak (memang sedang bunting)
|
Lalang pun habis disental |
|
Perang merebut kawasan tertinggi sedang berlaku, kambing jantan lawan betina |
|
Pemenangnya adalah penjantan kampung. Bandot namanya |
Kawasan ragut di sekitar kandang dah makin terang dengan kehadiran kambing2 ni, jimat masa tebas rumput. Tapi dengarnya dari penternak lain, kalau pakai biri2 lagi licin ragutannya. Kalau ikut jenis, kambing ni browser dan biri2 pula grazer. Bukan browser internet, kalau diterjemahkan secara langsung maksudnya pelayar, grazer pula peragut. Maksudnya memang betullah perangai kambing ni macam lanun cuma mereka ni pelayar padang rumput, hehe
|
Dari semak samun dah jadi terang benderang. Boleh tahan mesin rumput semulajadi |
|
Insyaallah kalau perkembangan ni diteruskan, memang bagus |
Pada tanggal 2mei lepas, kambing maharani sudah melahirkan anak jantan seekor. Melihatkan saiz perutnya ramai menjangkakan ada 2 ekor atau lebih. Selepas kelahiran rupa2nya seekor saja. Alhamdulillah rezeki juga tu. Oleh kerana ini buka kelahiran pertama, memang berpengalaman jaga anak. Alhamdulillah
|
Anak pun dah pandai menyusu sendiri. Tengah fikir nak bagi nama apa ni |
|
Saiz memang sedang2 saja dan yang penting sihat wal afiat |
|
Bagi mengelakkan tekanan melampau, baru 2-3 hari bersalin aku dah lepaskan melayar rumput dibawah. Hehe. |
|
Tak lama lagi kawasan ni akan jadi padang jarak padang tekukur di lanun pelayar padang rumput. Hehe |
Kambing lama 3 ekor kes kronik sudah tinggal 2 ekor saja. 1 ekor memang membawa masalah sikap kerana suka melepak daripada makan dibawah. Jadi dengan lapang dada sembelih saja. Sudah selamat dimakan pun. Sejak warga bermasalah terkorban, kambing 2 ekor ambilan lama sudah terikut2 budaya kerja kambing baru ni. Memang logik pengurusan syarikat buang orang lama untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif ya. Sekian setakat ini.
assalamualaikum tuan fairul..tahniah dpt baby baru.bru rase harunye mnjge kmbg kmpung.prngai ala2 lanun.haha..tp tula wlpun agk samseng tp kekebalan die yg bgus tu.kurgla nk bg ubat2 antibiotik,cacing dll.skligus mngurgkn kos ubatan..low input husbandry lead to high profit and sustainability..
ReplyDeleteitula tula sbenarnya ramuan utk sustain dlm dunia pntrnakan kmbg nih..sbb tula org mcm alwi dpt survive smpi skrg.low input husbandry trutama faktor pmilihn kambing utk ditrnak..baka kacukn kmpung mmg spatutnya pilihn utama..hehe
ReplyDeleteyg keratong tu xmsuk taraf otai lg..kire bru bdak tadika,bru nk bljr mngenal huruf kmbing.hehe..