TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Padang Ragut Kambing dan Selective breeding

>> Wednesday, May 30, 2012


Assalamu’alaikum Wrmbth, Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi ujian hidup ini dengan jaya insyaallah.
Masa, Duit dan tenaga. 3 elemen penting untuk memastikan kelangsungan sesuatu perniagaan. Siapa mula awal, dengan modal mencukupi dan tenaga (kepakaran + ilmu) semestinya berada dilandasan yang betul. Menyedari kami telah banyak bazir masa wang dan tenaga, strategi perlu disusun rapi supaya kesilapan yang sama tidak terjadi kembali.




Kambing kami yang kini bebas meragut dan melayari lautan hijau makin sihat alhamdulillah. Tetapi ada beberapa perkara penting yang boleh dijadikan renungan bersama.
Pertama, aspek MASA. Sedar atau tidak, jika kita bermula dengan baka kambing yang baik iaitu dapat beranak kembar dan menjaga anak, kadar kelahiran akan tinggi dan kadar kematian juga akan menurun. 1 bulan ini, ada 3 ekor kambing dilahirkan daripada 3 ekor ibu. Walaupun ibu adalah veteren dan bukan ibu muda, nampaknya baka kambing jantan daripada kelahiran tunggal. Alhamdulillah, kini ada alternatif lain untuk baka jantan (daripada keturunan kembar dan anak juga kembar) maka kambing jantan lama terpaksa di tamatkan perkhidmatan lebih awal daripada sangkaan. Tujuannya kerana mengelakkan persaingan mengawan antara pejantan. Tetapi pada masa yang sama, apa2 berlaku pada pejantan tunggal akan pincang program ini. Risiko harus diambil setelah melakukan pelbagai pertimbangan dan kerja2 masih harus diteruskan.
Jentolak telah mula melakukan kerja seawal 830pg
Oleh kerana pertambahan jentera rumput semula jadi, kawasan ragutan dan senaman ruminan juga kami luaskan. Hutan belukar dibelakang telah diterangkan bagi tujuan berikut. Sistem ragutan kawasn giliran akan cuba dilakukan sebaik mungkin bagi meminimakan kesan kecacingan pada ternakan kami. Dengan pertambahan padang rumput juga, kambing dapat berlarian lebih jauh dan cahaya matahari lebih banyak diserap.
En Vanillah telah selesa dengan kandang barunya. Alhamdulillah. Badan pun makin naik nampaknya
Kerja pembersihan sedang dijalankan. Pejantan baru kami  “” kelihatan sedang menyelia kerja2 pembersihan.
Kasi terang ini hutan
Insyaallah jika Allah SWT mengizinkan, disinilah lokasi kambing meragut rumput.  Sedikti wang harus dikeluarkan untuk pembersihan ini. Alhamdulillah, hari tidak hujan.
Terang sudah
Daripada kawasan hutan padat dengan pelbagai jenis pokok, kerja2 pembersihan diteruskan.
Semoga babi hutan lari jauh2 lepas ini
Menjelang petang, siaplah kerja2 pembersihan. MASA, WANG dan TENAGA. Apa anda akan lakukan dengan sumber yang ada ditangan bakal menentukan halatuju projek penternakan kelak. Semoga Allah memberkati wang yang dibelanjakan dan membuka pintu rezeki yang lain daripada ini insyaallah.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP