Assalamu'alaikum Wrmbth, Penat tapi berbaloi. Lawatan kami berdua daripada Pakar Kambing Golek dan Panggang Harga Murah ke Bidor Perak semalam membuka mata dan menghidupkan semula semangat lama untuk berjaya dalam industri penternakan tanah air. Apa tidaknya, sepanjang kami berkecimpung dalam industri ternakan kambing, macam macam jenis penternak kami jumpa. Jenis jerung harimau dan buaya memang banyak berkeliaran mencari mangsa. Ada juga 2-3 kali kena gigit tapi alhamdulillah kami lawan balik dan luka pun dah sembuh meninggalkan parut yang memberi peringatan pada masa kelak.
Pagi-pagi lagi 2 penternak boroi ni bertolak ke Bidor, semangat sangat ni. Pukul 9 pagi dah bertolak dari kandang. Sebelum bertolak sempat ambil sampel rumput untuk ditanyakan samada betul atau tidak rumput signal. Memang nak kurangkan risiko kematian kambing ketahap minima insyaallah. Perjalanan 2 jam daripada kandang ke Bidor dan dalam perjalanan sempat ditemubual oleh Polis trafik kerana tindak tanduk kami mungkin meragukan. Kami pergi naik myvi, seat belakang dah dirobohkan sebab bergantung pada tinjauan mungkin kami akan ambil kambing sekali. Alhamdulillah polis terima juga penjelasan kami, seram jugak kalau kena saman, bawa kereta 90km/jam takkan kena kot.
Menjelang jam 11 pagi kami tiba di plaza tol Bidor dan saudara Alwi ada beri panduan untuk ke sana. Kanan lepas tu kanan lagi baru masuk kiri. Kandang memang di kawasan kelapa sawit dan masa sampai semua kambing betina sihat dilepaskan meragut bebas bersama gembala. Tinggal kambing jantan dan betina yang cerai susu.
|
Anak kambing baru cerai susu di kandang pertama. Bulu kemas dan berkilat |
|
Jantan Baka usia 7, 8 dan 9 bulan. Rasanya berat ada 35-40kg ni. Bulu berkilat |
|
Masuk kandang kedua, anak kambing belum cerai susu sedang menyantap hidangan daun liar |
|
Ada 3 jam juga kami disana. Memang tenang2 suasana disini |
Dari cerita Alwi ni, perjalanan hidup sebagai penternak selama 8 tahun memang mencabar dan nampaknya banyak persamaan dengan kami tapi masyaallah semangat dia ni memang patut jadi contoh sebab anak bandar sanggup masuk kampung bela kambing dalam ladang jauh dari jalan utama dan tiada air paip dan elektrik. Hmm.. Tambahan lagi dia usahakan seorang diri, jika dibandingkan dengan kami dulu kuantiti banyak pun banyak tersandung inikan pula seorang. Teruskan usaha tuan.
Banyak juga kami bincang semalam. Sampai rumah dah pukul 5, dan nampaknya insyaallah langkah berikut patut kami ambil jika mahu berjaya sebagai penternak.
- Berhenti memanjakan kambing kami dan memberikan mereka lebih ruang sebagai kambing. Kami tidak mahu kambing sebagai binatang peliharaan.
- Semua langkah memastikan kandang bebas dari virus bawaan kambing trading dihapuskan daripada kandang. Kami akan ubahsuai sedikit susur atur kandang.
- Bilangan kambing betina dan induk perlu ditambahkan bagi memastikan kadar kelahiran anak kambing tinggi.
- Tiada lagi botol susu untuk anak kambing.
- Kambing tidak lagi diberi makan secara intensif.
Ini langkah awal yang insyaallah kami akan lakukan. Wallahu'alam
Smpi jua sdr.fairul dsana..cme xsmpt tgk ibu betina yg prgi mragut tula kan..beli ke kmbg sdr.alwi tu?aii..xsbar pulak rsenye nk ke sana..haha
ReplyDeleteTerima kasih melawat ladang aku. Hari ni 7hb lepas mesyuarat PPKM, aku nak pi pula UMM Baraqah. Tengok kambing bandar macam mana.
ReplyDeleteAihh..brbalas knjungan ye.alhamdulillah..cantek ssangat tu.dpt mngukuhkn ukhwah antra kite.ade program lain pulak hari ni.nk g tgok biri2 tu..kalu x mmg nk join skali mlwt kndg tuan fairul..maybe next time..:-)
ReplyDeleteSdr Fairul..kndg sy lg la daif,mklumla jnis buat ikut kpale sndiri..kayu plak 2nd hand je.ade yg senget ke kanan kiri,ade yg mlentur ke dlm.haha..
ReplyDeletekndg bru nila ok cket..brula knal jnis kayu nk bt lntai..bt kurungan kecik..sblum ni hantam saja..haha