Kambing Aqiqah Sungai Buloh

Assalamu'alaikum Wrmbth. Cuti sekolah dah menjelang tiba, tapi kenduri aqiqah insyaallah sentiasa ada. Alhamdulillah mendapat sambutan baik daripada ibubapa di Malaysia ni. Kambing aqiqah pun dah makin susah nak jumpa, kalau ada pun harga mahal. Sunah yang sangat dituntut untuk laksanakan aqiqah bagi anak baru lahir. Itu yang namanya muakkad. Cerita tentang kambing aqiqah, minggu lepas datang segerombolan tetamu daripada Sungai Buloh nak datang pilih kambing di kandang. Kami di Pakar Kambing Golek dan Panggang Harga Murah menerima dengan lapang dada alhamdulillah.
harga kambing golek
Add caption

Sampai saja di kandang terus dipeluknya seekor demi seekor kambing. Memang cerewet, lepas tu sambil pilih2 kambing aqiqah borak borak la dengan mereka sekeluarga. Rupa-rupanya untuk cucu lelaki, rumah di Sungai Buloh dalam kawasan Penyelidikan Lembaga Getah Malaysia. Ada kuarters untuk pekerja dalam tu. Cantik sangat lah tu, saya pun tak pernah masuk lagi. Rupa2nya mereka sekeluarga ni kerja dan tinggal disana, dan lebih menarik pernah menternak kambing dan biri biri dalam pusat penyelidikan tu semasa era 90 an. Difahamkan biri biri  sesuai dibiakkan di kawasan kebun getah berbanding kambing sebab kambing makan kulit getah macam keropok. Lepas habis semua kambing aqiqah atas saya dipeluk akhirnya adalah yang menepati spesifikasi piawaian antaramereka. Hehe. Alhamdulillah selesai urusan di kandang pilih kambing aqiqah.

Dengarnya, selepas pengurusan RRIM ni tukar polisi untuk tidak lagi bela kambing, tiada lagi ternakan kambing disini. Perkara biasa dalam organisasi, tukar ketua tukar juga polisi sebelum ni. Pernah dapat anugerah biri2 terbaik dalam negara tapi tu lah kan. Maklumat daripada mulut pekerja sana sendiri.

Muzium getah asli ada dalam ni



Hari ini, pagi pagi lagi saya bangun untuk hantar kambing aqiqah siap sembelih ke RRIM (Rubber Research Institute of Malaysia
Nama jalan pun ikut terminologi pokok getah, yang ni jalan rain gutter
Banyak pos pengawal dalam RRIM Sungai Buloh, kawasan pun besar

Comments

Popular Posts