Kambing Aqiqah Pelanggan Puas Hati

Assalamu'alaikum Wrmbth, merujuk pada tajuk posting pun dah tahu artikel ini tentang apa kan? Alhamdulillah kerana kami di Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah berjaya memberikan kepuasan dalam servis kambing aqiqah dan lain-lain. Dibawah ini saya sertakan satu lagi pelanggan kami yang telah berpuas hati dan menyarankan kepada rakan-rakan di laman web kepunyaannya. Terima kasih Tuan Puan atas kepercayaan yang diberikan ini.

Love You Miss You

Dari laman http://www.themummysya.com/

Majlis Aqiqah Miqha’iel

Alhamdulillah, Sabtu lepas dengan penuh Syukur dan izin ALLAH SWT Majlis Aqiqah Muhammad Dani’yal Miqha’iel dan Majlis Pertunangan Jiejie telah selamat berlangsung.
Syukur pada ALLAH SWT.
Pada yang sudi dan meluangkan masa untuk bersama memeriahkan Majlis kami, Kin dan Family mengucapkan jutaan Terima kasih atas kehadiran korang, pada yang tak dapat datang, Kami faham. Insyallah tahun depan ada rezeki Kita jumpa lagi di Majlis Jiejie semula.
Majlis dimulai tepat pukul 10.30am dengan Kumpulan Marhaban, berzanji dan cukur jambul. Walaupun Miqha’iel dipaksarela bangun dan mandi, Alhamdulillah sepanjang marhaban dia senyap jer tak merayap kemana.
Thanks to Elaine & Jefrie sebab sudi mengantikan Kin dan Zul untuk mengawal dan membawa Miqha’iel mengelilingi Kumpulan Marhaban sebab MrHazizul sibuk ambil gambar dan Kin baru lepas rawatan rahim dan tak boleh bergerak banyak.
Jom kita layan gambar, yokkk!!
Tema Jiejie, cream & Pink
Kumpulan Marhaban Desa Pandan, dulu masa Aries’sya pun guna yang sama. Besh, sayu jer masa depa dodoikan :)
Kalo korang berminat nak guna perkhidmatan mereka, boleh berhubung dengan Kin ya..
Budak yang akan dicukur jambulnya…..
makanan semua dimasak oleh mama… Thanks Mama
Kambing Aqiqah Miqha’iel diorder dari  sini
Perkhidmatan terbaik dari segi pemilihan sehinggalah penghantaran. Syukur, semuanya dipermudahkan.
Selesai & makan :)

Comments

Popular Posts