Harga kambing Disember 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa Khabar kepada para pelanggan semua. Semoga kalian sentiasa berada dalam keberkatan ilahi. Bulan 12 pun hampir menemui penghujungnya. Agak sibuk bulan ni memenuhi permintaan kenduri kahwin dan aqiqah di sekitar kawasan setempat. Terkejar-kejar juga cari masa untuk kemas kini blog kambinghalal ni. Takut bersawang je sejajar dengan nama laman sesawang atas talian kan. Haha. Kerja hakiki untuk menternak kambing memang jadi tanggungjawab utama tetapi zaman teknologi maklumat memerlukan lebih dari itu untuk maju dan terus berdaya saing dalam persaingan perniagaan dinihari. Baiklah, merujuk kepada perkara pangkal artikel ini ditulis, saya sertakan harga kambing bekalan Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah bagi bulan Disember 2011 khusus untuk rujukan tuan puan.

Semua kambing kami cukup syarat aqiqah. Harga kambing juga disertakan dibawah.

harga Kambing
Kambing Biri Biri Damara. Harga kambing biri -biri 2 tahun lepas lebih rendah daripada kambing. Tetapi kini hampir setara. Hmmm
Harga Kambing biri biri hidup (baka Damara) atas kandang adalah seperti berikut +-38kg RM760 dan +-42kg RM780. Terdapat sedikit perbezaan harga kerana berat yang sedikit berbeza. Kambing jenis ni mendapat sambutan hangat kerana saiznya yang besar dan sedap dibuat kambing golek. Dapatkan sementara stok masih ada.
 Harga kambing aqiqah
harga Kambing Boer di pasaran semasa pada Disember 2011 sekitar RM760~800 untuk berat 35kg hidup. Memang mahal sikit kambing boer ni
 Kambing Boer atas kandang terpaksa direhatkan bulan ini kerana semua yang ada diatas kandang telah ditempah. Kami masih merancang kemasukan stok baru kambing boer ni.
harga kambing jamnapari
Encik Kambing Feral yang berwajah brutal dan berkelakuan ganas. Kambing import daripada Australia
 Kami juga menghentikan sebentar stok kambing feral untu kegunaan aqiqah kerana kerosakan yang dilakukan kepada kandang kami. jangan main-main dengan kambing feral ni, memang lasak dan kasar. Atas kandang banyak kayu patah ditanduknya.
harga kambing jamnapari
Harga kambing Jamnapari (bertelinga panjang) yang boleh diklasifikasikan kambing kampung
 Kambing Jamnapari atas kandang kami masih mempunyai stok. Harga selepas sembelih lapah dan hantar RM760. Berat hidup sekitar +-38kg atau lebih. Siapa cepat dia dapat. Sementara stok masih ada
harga lembu
Harga Lembu Aqiqah ikut harga pasaran dan bergantung pada saiz
Harga lembu aqiqah pula bergantung kepada beratnya. Sekitar RM2000~3000. nak besar ada, yang sedang juga tersedia. Pendek kata, datang ke kandang untuk pemilihan dan perbincangan harga.

Comments

Popular Posts