Qurban Perdana IKIM fm Islamic Relief

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah 2011 Masihi. Alhamdulillah kerana masih diberikan nafas daripada ilahi untuk menulis artikel ini. Hari ini kami telah berjaya melaksanakan amanah yang diberikan oleh Islamic Relief Malaysia untuk Program Qurban Perdana IKIM fm di Madrasah At-Taqwa Sungai Semungkis Hulu Langat. Madrasah yang sama tragedi tanah runtuh rumah anak yatim berlaku awal tahun ini.


islamic relief aqiqah
Kurma Kambing mula dsediakan seawal 4 pag. BERASAPP lagi!!! dan sedia dihidang
Kambing Masak Kurma adalah hidangan istimewa kami kerana dimasak dengan bahan semulajadi bebas ajinomoto aka MSG yang semestinya tidak baik untuk badan. Gula juga tidak digunakan dan digantikan oleh rasa manis bawang besar yang semestinya berita baik bagi penjaga kesihatan.

islamic relief aqiqah
Kambing Kurma + Bawang Merah, + Lada Besar + Kentang .. Slurrppp
Tukang masak yang berpengalaman tidak memerlukan MSG untuk menyedapkan makanan berbekalkan pengetahuan yang ada didada. Selesai semuanya kami pun berbegas ke destinasi di Hulu Langat.
islamic relief qurban
Sepanduk Program Qurban Perdana IKIM fm dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia
Lebih kurang jam 11.20pagi, kami tiba di lokasi majlis setelah sesat di kawasan sekitar, Alhamdulillah dengan pertolongan dari warga Hulu Langat kami berjaya tiba. Bila ditanya dimana lokasi program semua orang kurang tahu, tetapi kata sahaja lokasi tanah runtuh minda yang samar menjadi nyata.

islamic relief Malaysia
Majlis Qurban Perdana IKIM fm ini mendapat sambutan hangat jiran-jiran sekitar.
Tapak majlis dipenuhi oleh orang ramai dari sekitar kawasan Hulu Langat yang sudi membantu meraikan anak-anak yatim di kompleks kepunyaan YADIM.

islamic relief malaysia
Semua sedang sibuk melapah Lembu Qurban / korban
islamic relief korban
Hati-hati menggunakan gergaji pakcik.
Usaha seperti ini wajar mendapat sokongan semua pihak dari orang perseorangan, badan korporat dan pihak kerajaan untuk mewujudkan sinergi kerjasama yang dinamik insyaallah. Semoga dapat diteruskan dengan istiqamah saban tahun.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (Tengah)
Pelbagai pengisian menarik turut diadakan sempena Program Qurban Perdana IKIM fm ini seperti Bicara Ad-Dien dan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim.
islamic relief aqiqah
Syabas IKIM fm, Islamic Relief Malaysia dan semua pihak terlibat menjayakan majlis ini
Kelihatan juga wakil media membuat liputan majlis secara langsung di lokasi samada media bercetak mahupun penyiaran. Program yang baik wajar diberi perhatian daripada memenuhi kaca televisyen dengan rancangan merapu dan bermotifkan laqha.

islamic relief Malaysia
Wartawan dan krew penerbitan di lokasi
Semoga usaha kalian mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT insyaallah.
Qurban IRM IKIM fm
Syabas sekali lagi untuk Program Qurban Perdana IKIM fm Islamic Relief Malaysia

Comments

Popular Posts