CHEF SABRI IKIM

Chef Sabri Master Chef Sabri Hasan
Assalamu’alaikum Wrmbth. Salam Jumaat kepada tuan puan sekalian. Saya amat menggemari rancangan masakan di Radio IKIM FM bersama Chef Sabri atau Nama sebenarnya Sabri Hassan yang giat berusaha mengislam dapur-dapur masakan hotel di Malaysia. Beliau juga ada menghasilkan buku masakan sendiri dan pernah menjadi Chef TV bagi Program  “SPICE ROUTES”. Chef Sabri IKIM ke udara di ruang udara setiap Jumaat jam 10 pagi selama 1jam. Rancangan ini berkisar tentang masakan sihat dan pendengar dapat berinteraksi dengan terus dengan Chef Sabri Resepi masakan dari pelbagai Negara dapat dikongsi bersama. Anda juga boleh berinteraksi melalui Chef Sabri Facebook.

Berikut adalah antara video tentang Buku Chef Sabri Resepi :
Chef Sabri - Dunia Masakan Chef Sabri
Resepi Udang Goreng Madu oleh Chef Sabri Hassan
Saya pasti ramai yang sedang mencari resepi yang dikongsinya ditalian radio, anda boleh layari chefsabri.blogspot untuk rujukan lanjut. Antara resepi yang dikongsi di sana ialah nasi lemon, nasi mandi dan banyak lagi. Ada juga petua-petua dapur berguna yang dikongsi Chef Sabri IKIM yang bermanfaat untuk kesihatan kita sekeluarga insyaallah. Semoga perjuangan beliau memurnikan dapur-dapur hotel Berjaya. Insyaallah.

Comments

Popular Posts