TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Kepentingan dan Kefardhuan dalam Mencari yang HALAL

>> Friday, October 7, 2011

Kepentingan dan Kefardhuan dalam Mencari yang HALAL LINK ASAL

Mencari yang Halal itu,adalah satu kefardhuan. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab setiap Umat Islam dalam mencari,menggunakan atau membeli barangan yang dijamin kehalalannya.Hal ini bersesuian dengan firman Allah di dalam Surah Al-Maidah, ayat 88 yang bermaksud :
Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang Halal lagi baik dan bertawakallah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman” .Manakala, Hadith Rasullullah SAW daripada Abi Hurairah R.A.katanya, sabda Nabi SAW yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah Taala itu baik, dan menerima hanya perkara-perkara yang baik”
Riwayat Muslim.

TAKRIF HALAL
Halal berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud yang dibenarkan atau dibolehkan.Namun begitu, konsep kebersihan dan tidak membawa kemudaratan juga perlu dititikberatkan dalam menentukan kebaikan serta kehalalan sesuatu barangan atau produk.

TAKRIF MAKANAN HALAL
Makanan yang Halal atau makanan orang Islam atau ditanggung Halal atau perkataan yang seerti dengannya bolehlah diertikan seperti berikut:
1)Tidak mengandungi atau terdiri daripada apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang mana orang Islam dilarang oleh hukum Syarak memakannya ataupun binatang tersebut tidak disembelih mengikut hukum Syarak.
2)Tidak mengandungi apa-apa yang dikategorikan sebagai najis mengikut hukum Syarak.
3)Tidak menggunakan apa-apa peralatan yang terkena najis atau diperbuat daripada najis ketika proses penyediaan, pemprosesan, atau pengilangan ketika penyediaan atau penyimpanan, makanan atau produk tersebut tidak boleh bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang dihukumkan sebagai najis mengikut hukum syarak.

APA ITU NAJIS?
Najis mengikut hukum Syarak ialah:
1)Anjing dan babi(khinzir) dan segala terbitan daripadanya.
2)Makanan Halal yang dicemari serta bersentuhan dengan bahan haram.
3)Sebarang cecair atau objek yang keluar dari rongga manusia atau haiwan seperti air kencing, darah, muntah, nanah, uri dan tahi.
4)Bangkai atau haiwan yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak
5)Arak atau minuman atau makanan yang dicampurkan dengan arak

Terdapat tiga jenis najis:
Mughallazah: najis berat seperti anjing dan babi
Mukhaffafah : najis ringan seperti air kencing bayi lelaki berusia 2 tahun dan kebawah yang tidak mengambil apa-apa makanan lain kecuali susu ibu sahaja .
Mutawassitah : najis pertengahan yang tidak termasuk didalam kategori najis berat dan najis ringan

SUMBER MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL
Sumber makanan terdiri daripada :
1)Haiwan.Ia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
A) Haiwan darat
B) Haiwan Air( aquatic)
Semua haiwan darat HALAL dimakan KECUALI :
a)Haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak
b)Babi
c)Anjing
d)Haiwan yang bertaring atau haiwan-haiwan buas seperti singa , harimau, kucing,kera dan lain-lain.
e)Burung yang mempunyai kuku pencakar atau makan menyambar seperti burung helang .
f)Haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya seperti tikus, kala, ular,gagak dan seumpamanya
g)Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut,lebah dan burung belatuk.
H)Haiwan yang dipandang jijik oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
I)Haiwan dua alam seperti katak,buaya dan penyu.

*Manakala haiwan air semuanya adalah HALAL untuk dimakan,KECUALI yang mempunyai racun, memabukan serta membahayakan kesihatan menusia seperti ikan buntal.

2) Tumbuh-tumbuhan
Semuanya HALAL untuk dimakan kecuali yang beracun, memabukkan serta memudharatkan.
3)Minuman
Semua jenis minuman adalah HALAL untuk diminum kecuali yang beracun, memudaratkan serta memabukkkan .
4) Makanan terubah suai (GMO)
Makanan atau minuman yang mengandungi atau terhasil daripada Organisma terubahsuai genetik (GMOs) atau ramuan yang diperbuat daripada bahan genetik haiwan yang TIDAK HALAL mengikut hukum syarak, adalah TIDAK HALAL.

RUJUKAN:
Manual Prosedur Pensijilan Halal

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP