TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

ISTILAH-ISTILAH PENTING BERKAITAN HALAL

>> Friday, October 7, 2011

ISTILAH-ISTILAH PENTING BERKAITAN HALAL LINK ASAL ARTIKEL
1)ISTIHALAH 2)TAKHALLUL 3)TAQWIR 4)AL-JALLALAH

TAKRIF ISTIHALAH
Ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut.
(Mausu’ah Jamal Abdul Nasir i390h, 5:7)
Atau perubahan yang berlaku ke atas sesuatu benda daripada sifat asalnya kepada sesuatu bentuk yang lain dan menjadi benda yang lain.

CONTOH PROSES ISTIHALAH
Arak bertukar menjadi cuka, darah kijang bertukar menjadi kasturi, bangkai berubah menjadi garam, tahi binatang menjadi abu dengan sebab pembakaran dan proses GMO/GMF transgenic dalam tumbuhan.

PENDAPAT ULAMA
Menurut Nazih Kamal Hamad dalam bukunya: Al-Adwiyah al-Musytamilah ’Ala al-Mukhaddirat :
Ia merupakan percampuran antara dua benda yang menyebabkan hilang atau lupus ciri-ciri kedua-dua benda terbabit untuk dikenal pasti, sekalipun secara pastinya unsur-unsur tersebut masih kekal dalam campuran tersebut.
Mazhab Syafie berpendapat bahawa najis boleh suci dengan istihalah dalam 3 keadaan:
1)Arak yang bertukar dengan sendirinya menjadi cuka.
2)Kulit binatang yang disamak (al-dibaghah)
3)Bangkai binatang yang dicernakan melalui pereputan dan bertukar menjadi ulat dalam kitaran baru kehidupan.

TAKRIF TAKHALLUL

Takhallul ialah arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.

Dengan bertukar menjadi cuka, maka arak itu menjadi suci walaupun ia bertukar atau diubah tempat letaknya daripada bercahaya kepada teduh atau sebaliknya.
Jika arak itu menjadi cuka disebabkan percampuran bahan tambah walaupun tidak memberi kesan atau dibuang bahan tambah tersebut sebelum menjadi cuka maka ia najis (tidak suci)

PENDAPAT ULAMA
Al-Syafie dan Jumhur ulamak :
Berpendapat bahawa arak yang dimasukkan sesuatu seperti bawang atau yis untuk mempercepatkannya menjadi cuka akan kekal hukum najisnya dan tidak suci.
Pendapat ini disokong oleh hadith yang diriwayatkan daripada Anas Bin Malik bahawa Rasullullah s.a.w ditanya hukum arak yang diproses menjadi cuka, Rasullullah s.a.w menjawab: “ Tidak harus”
Hadis riwayat Muslim.

TAKRIF TAQWIR

Bererti mencabut atau mengeluarkan bahagian yang terkena najis daripada bahagian yang suci.

HADITH TENTANG TAQWIR.
Peristiwa yang berlaku kepada Saidatina Maimunah (isteri Rasullullah s.a.w) : “Sesungguhnya seekor tikus telah terjatuh ke dalam minyak sapi,lalu mati di dalamnya. Beliau mengadukan kepada Nabi s.a.w maka Baginda bersabda: Buangkan tikus itu dan sekelilingnya dan makanlah (minyak sapi itu).

PENDAPAT ULAMA
Jumhur Fuqaha’ berpendapat najis yang jatuh ke dalam cecair seperti minyak adalah najis. Ini kerana proses taqwir seperti yang disebut dalam hadith hanya boleh digunakan sekiranya najis jatuh ke dalam sesuatu yang beku sahaja.

TAKRIF AL-JALLALAH
Bermaksud haiwan yang memakan kotoran atau najis sama ada lembu, kambing, unta, ikan ,ayam, itik atau jenis unggas seperti burung dan yang lainnya daripada haiwan yang boleh dimakan.

PENDAPAT ULAMA
Mazhab Hanafi: al-Jallalah bermaksud haiwan yang diberi makan najis semata-mata tanpa makanan lain.
Jumhur: al-Jallalah ialah haiwan yang kebanyakannya (majoriti) diberi makan najis.

HUKUM MEMAKAN AL-JALLALAH.

(Daging dan susunya)
Mazhab Syafie dan satu riwayat Mazhab Hambali: hukumnya Haram dimakan
- harus: sekiranya najis tersebut boleh dihilangkan dengan cara menahannya (kuarantin) selama beberapa tempoh.
Imam Malik, Mazhab Hanafi pendapat yang ‘asah’ daripada mazhab Syafie dan satu riwayat mazhab Hambali berpendapat hukumnya Makruh.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP