AQIQAH


AQIQAH UNTUK ANAK LINK ASAL
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya:
"Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
 Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 

Syarat Sah Aqiqah

 
Syarat sah aqiqah ialah:
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Binatang
         Umur
Biri-biri/
1 tahun atau lebih
Kambing
2 tahun atau lebih
Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih
Unta
5 tahun atau lebih

 Sunat-sunat Aqiqah ialah: 
PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
  • Berdoa semasa hendak menyembelih:


     بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. 
  • Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  • Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
  • Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
   Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah. 
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua 
 Contoh Soal Jawab Berkenaan Aqiqah 

Soalan 1 link asal
Sy sdg menantikan kelahiran anak ke -4 dlm bln 11 ini. Sy tinggal di tmn perumahan yg agak kurang amalkan gotong-royong (dlm kes kenduri). Sy bercdg utk buat aqiqah bg anak sy ini. Plan sy spt:-
1) beli seekor kambing
2) tanya imam masjid berdekatan utk menguruskan kambing tu, iaitu sembelih, lapah dn masak.
3) sebahagian sy berikan kpd masjid dn sebahagian lg sy bawa pulang ke rumah utk dibuat sedikit majlis cukur.
4) sy akan ajak imam masjid tu utk majlis cukur dn jemput jiran2 utk meraikan sedikit kenduri.
Apakah plan sy ini elok dr segi adat dn sunnah? Tk kpd panel AAN yg sudi memberi input
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.
Pertama kali kami ingin mengucapkan tahniah, dan berdo’a agar anak tersebut selamat dilahir dan moga-moga ibunya berada didalam keadaan selamat. Amin.
Mengenai memberi seekor kambing bagi tujuan aqiqah ini merupakan sunnat kepada anak perempuan. Jika bayi yang dilahirkan itu lelaki, maka adalah sunnat di sembelihkan 2 ekor kambing, sebagaimana yang diriwayatkan oleh A’isyah ra katanya :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرهم عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة
“Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan” -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].
Tidak mengapa untuk mengupah mana-mana orang itu menguruskan proses menyembelih, melapah dan memasak kambing tersebut.
Mengenai pengagihan daging tersebut, berikut kami paparkan dalil-dalinya :-
Diriwayat bahawa ‘Aisyah ra. berkata mengenai daging aqiqah :-
يُجْعَلُ جُدُولا , يُؤْكَلُ وَيُطْعَمُ
“Ia hendaklah di potong berkeping2, kemudian dimakan dan diberi kepada yang lain” [Riwayat Ibn Abi Shaibah didalam al-Musannaf, 5]
Di riwayatkan bahawa Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata :
أن العقيقة كانت عندهم بمنزلة الأضحية ، يَأْكُلُ وَيُطْعِمُ
“Sesungguhnya disisi mereka bahawa aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian)” [Riwayat Ibn Abi Shaibah]
Berkata Ibn Hazm rh :-
العقيقة يُؤْكَلُ منها ويُهْدَى ويُتَصَدَّق
“Aqiqah hendaklah di makan sebahagiannya, diberi sebagai hadiah dan disedekahkan” [al-Muhallaa].
Daging aqiqah tersebut bolehlah diagih ke masjid, diberi kepada tetamu yang datang kerumah untuk kenduri cukur rambut(seperti mana yang di rancangan) dan tidak lupa juga jika ada lebih, diberikan sebagai sedekah kepada kafir miskin.
Anda juga boleh mengagih daging tersebut secara mentah atau memasaknya dan diberikan kepada orang miskin, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dsb [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/442]. WA.
Sekian, wassalam
al-ahkam 
 Soalan 2 link asal
Saya nak tahu mengenai bahagian akikah dan koban. Jika akikah dibuat dengan lembu, adakah 1 bahagian untuk seorang? Bolehkah kita buat 1 bahagian untuk anak yang kembar sekaligus.
Koban pula, ada ustaz menyebutkan bahawa jika sebuah keluaga melakukan korban, ia boleh diwakilkan kepada satu bahagian sahaja. Apa benar, selama yang saya belajar di sekolah, satu bahagian korban untuk seorang. adakah boleh dibuat satu bahagian untuk sebuah kelaurga. Jadi seekor lembu, 7 bahagian, maka boleh dilaksanakan untuk 7 keluarga. Minta ustaz jelaskan dengan dalilnya sekali ya..
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan adat kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Quote:
Jika akikah dibuat dengan lembu, adakah 1 bahagian untuk seorang? Bolehkah kita buat 1 bahagian untuk anak yang kembar sekaligus.
Aqiqah ini disunatkan dengan kambing bagi setiap anak, Lebih baik lagi (jika mampu), jika anak lelaki hendaklah disembelih 2 ekor kambing sebagaimana A’isyah ra katanya :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرهم عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة
“Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan” -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].
Ulama’ Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi aqiqah bersabda :-
من ولد له غلام، فليعق عنه من الإبل والبقر والغنم
“Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing” – [hadith riwayat al-Tabarani].
Menurut Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :-
a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.

Berbalik kepada persoalan diatas, berdasarkan hadith Nabi aqiqah : كل غلام رهينة بعقيقته maksudnya – “Setiap anak lelaki di gadaikan dengan aqiqahnya”, eloklah dilaku setiap bahagian lembu tersebut (1/7) kepada setiap anak-anaknya. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi aqiqah melakukan aqiqah kepada setiap seorang cucunya, Hasan ra. dan Husein ra..[Hadith Riwayat Abu Daud #2841, al-Nasaa'i #4219].
————–
Quote:
Apa benar, selama yang saya belajar di sekolah, satu bahagian korban untuk seorang. adakah boleh dibuat satu bahagian untuk sebuah kelaurga. Jadi seekor lembu, 7 bahagian, maka boleh dilaksanakan untuk 7 keluarga
Benar, satu bahagian adalah mencukupi bagi satu keluarga didalam ibadat korban, Nabi aqiqah telah menempah kibash yang mempunyai kaki hitam, perut hitam dan warna hitam mengelilingi matanya agar baginda dapat melakukan ibadat korban. Berkata baginda kepada A’isyah ra. “Berikan ku Pisau” dan A’isyah telah memberinya. Baginda mengambilnya dan meletakkan Kibash di atas tanah lalu menyembelihnya seraya berkata :
بسم الله ، اللهم تقبل من محمد ، وآل محمد ، ومن أمة محمد ثم ضحى به
“Dengan nama Allah, Ya Allah, terimalah (korban ini) bagi pihak Muhammad dan keluarga Muhammad, dan umat Muhammad, kemudian dia mengorbankannya” [Hadith Riwayat Muslim].
Telah diriwayatkan oleh Ayob al-Ansari bahawa :-
كان الرجل في عهد النبي صلى الله عليه وسلّم يضحي بالشاة عنه وعن أهل بيته، فيأكلون ويطعمون
“Dizaman Nabi aqiqah, seseorang lelaki boleh berkorban seekor kambing bagi pihak diriya dan kaum keluarganya, dan mereka akan makan sebahagian dan memberikan (agihkan) sebahagiannya” [Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmudzi].
Menurut ulama’, 1/7 unta atau lembu, menyerupai seekor kambing, maka memadai 1/7 lembu dikorbankan bagi pihaknya dan keluarganya. WA.
Petikan sebuah fatwa berbahasa Inggeris didalam IslamOnline :-
Quote:
One Sacrifice Is Sufficient for the Whole Family It is sufficient for the head of the household to offer one animal on behalf of himself and the members of his family, as it was proved that the Prophet (peace and blessings be upon him) offered a she-goat on behalf of himself and his kith and kin. However, one may also offer a whole camel or cow as sacrifice on behalf of one, and seven people can share in offering one cow or camel, whether they belong to the same family or not. In this regard, according to Jabir (may Allah be pleased with him), the Prophet (peace and blessings be upon him) and his Companions shared during the Hudaybiah year in offering sacrifices: seven of them would share in offering one camel or cow.
[b\All About Udhiyah: Rulings and Conditions [/b]
url : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1135167182386
Sekian, wassalam
==============

1. Dr Mustafa al-Khin [et. al]. al-Fiqhu al-Manhaji – 1. cetakan ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.ms 490.
2. Fatwa Markas Dr Abdullah al-Faqih. . url : http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=15288
al-ahkam 
Soalan 3 link asal
Bolehkah berkongsi seekor lembu untuk dibuat korban dan 'akikah sekali ?

Jawapan:

Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan 'akikah dengan seekor kambing, unta atau lembu, akan tetapi mereka berbeza pendapat, adakah 'akikah mengambil hukum adhiyah (korban), atau sama dengan hukum korban, sehingga akikah boleh berkongsi pada seekor lembu atau unta?

Ini adalah masaalah khilafiyah, ulama-ulama mazhab al-Sayfie berpendapat boleh kerana melihat akikah adalah sama dengan korban yang boleh berkogsi bahagian sepertimana yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi. Manakala ulama-ulama mazhab Hambali dan Maliki berpendapat tidak boleh, jika seseorang hendak melakukan akikah dengan seekor lembu contohnya, ia hanyalah untuk seorang anak sahaja tidak boleh berkongsi bahagian kerana bagi mereka akikah tidak sama hukumnya dengan korban dalam bab bolehnya berkongsi bahagian.

Di dalam laman islam-qa menyebut: "dan yang lebih hampir (kepada kebenaran), bahawasanya ia ('akikah) tidak boleh berkongsi, dan inilah (mazhab yang lebih hampir kepada kebenaran) mazhab al-Malikiyyah dan al-Hanabilah." (lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 30/279)

Ulama yang berpendapat tidak boleh berkongsi dalam melaksanakan 'akikah, melihat 'akikah adalah satu penebusan terhadap anak yang dilahirkan, maka seekor binatang yang disembelihkan untuk akikah adalah untuk seorang anak sahaja, kerana itu tidak terdapat dalil yang menunjukkan adanya perkongsian dalam melakukan akikah, maka ibadah hendaklah dibina atas dasar al-tauqif (mengikut dalil).

wallahu a'lam.


Video Berkaitan Aqiqah
Panduan Akikah (1/4)

Panduan Akikah (2/4)
ULASAN USTAZ ZAHARUDDIN MENGENAI AQIQAH

Panduan Akikah (3/4)

Panduan Akikah (4/4)

Soal Jawab Agama: niat paling afdal untuk akikah atau korban

Aqiqah & Qurban - Ustaz Azhar Idrus

Daging Aqiqah Diberi Kepada Non-Muslim LINK ASAL

Kemusykilan: hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-
مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى
Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".
ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)
Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..
Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :- 
" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.
Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "
Komen saya :
Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).
Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.
Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam. 
sekian

UZAR
7 Dis 06
16 ZUlkaedah 1427 H

ULASAN DR MAZA ARTIKEL ASAL

Akikah Dan Kurban Di Makan Bukan Muslim

Soalan: Saya mempunyai jiran tetangga bukan muslim. Apabila saya mengadakan kurban atau akikah saya difahamkan saya tidak boleh memberi kepada mereka. Saya merasa serba salah, apakah memang merka tidak dibenarkan memakan daging kurban dan akikah?.
Jawapan: Pendapat yang tepat ialah selagi mana seseorang kafir itu tidak memerangi Islam maka boleh diberikan kepada mereka daging kurban atau akikah kerana tiada dalil yang melarang perkara ini. Bahkan kita digalakkan berbuat baik kepada mereka dengan harapan mereka tertarik kepada Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah: 8-9: (maksudnya) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin




                            
   PERBEZAAN ANTARA AQIQAH DAN QURBAN

Korban
Perbezaan dari segi
Akikah
10,11,12 dan 13 Zulhijjah
Waktu
Sejak lahir hingga baligh
Wajib diberi kepada orang miskin
Daging Sembelihan
Harus diberi kepada orang miskin dan kaya
Sedekah daging mentah kepada orang miskin
aqiqahlembu aqiqahCara Sedekah
Sedekah daging setelah dimasak manis
Memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim
kambing aqiqahaqiqah lembuTujuan
Tanda syukur atas kelahiran



Persamaan di antara korban dan akikah


 Hukum kedua-duanya sunat muakkad
Binatang yg disembelih dari jenis al-an’am
 Melalui sembelihan yg sah oleh hukum syarak



Comments

Popular Posts