Aqiqah Anak Lelaki

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Bagi mereka yang sedang berhajat melaksanakan aqiqah anak lelaki  disini saya sertakan sedikit rujukan berkenaan aqiqah bagi anak lelaki. Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan kepada semua orang supaya semua beroleh berkat dari sunah Rasulullah SAW ini.

aqiqah anak
afdhal aqiqah anak lelaki 2 ekor dan perempuan 1 ekor
"Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).



Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud). Semoga hadis berkenaan aqiqah anak lelaki ini bermanfaat untuk anda.

Comments

Popular Posts