Tempahan Kambing Panggang Golek

Harga Tempahan Kambing Panggang Golek

Assalamualaikum Wrmbth, Sukacita dimaklumkan bahawa kini kami sedia menerima tempahan kambing golek / panggang. Seperti biasa, insyaallah kami akan laksanakan amanah para pelanggan kami sebaiknya.



Butir-butirnya adalah seperti berikut


KHIDMAT KATERING MAJLIS AQIQAH



1) Kambing Golek Bukan Aqiqah


Berat karkas (Tulang + Daging): 15-18kg
Harga: RM900
Apa yang anda dapat: Kambing siap panggang, 2 orang pelayan, coleslaw, sos lada hitam dan salad
Saiz Hidangan/ekor: 50~60 orang

2) Kambing Golek Aqiqah
Berat Karkas: 15-18kg
Berat Kambing Aqiqah Hidup: +-35kg
Harga: RM1300
Apa yang anda dapat: Kambing siap panggang, 2 orang pelayan, coleslaw, sos lada hitam, mayonaise dan salad
Saiz Hidangan/ekor: 50~60 orang

Meriahkan majlis anda dengan kambing panggang golek :)

Comments

  1. Kenapa yang aqiqah lebih mahal yer?

    ReplyDelete
  2. saya ingin bertanya adakah kambing yang diaqiqah boleh digolek ketika saya membuat kenduri?

    ReplyDelete
  3.  Kerana kambing aqiqah menggunakan kambing hidup dan disembelih atas nama anak yang diaqiqahkan.

    Kambing golek bukan aqiqah menggunakan kambing beku yang telah disembelih terlebih dahulu :)

    ReplyDelete
  4.  Insyaallah boleh.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Saudagar, bagaimana sekiranya saya berminat utk jadikan Kambing Aqiqah sebagai menu Kambing Golek di majlis kenduri aqidah saya di kampung saya di Melaka. Adakah Tuan dapat sediakan selain tempat luar di KL ? Harap dapat beri maklumbalas - Hanif

    ReplyDelete
  6. Doakan kami mampu memenuhi permintaan anda kelak. WAllahu'alam

    ReplyDelete
  7. Cuma pastikan kenduri dihadiri orang islam sahaja. Berdasarkan pembacaan dan hasil rujukan saya daging aqiqah hanya untuk orang islam. Kecuali untuk beberapa keadaan darurat. Boleh tanya ahli agama untuk penerangan lanjut. Sebagaimana disuruh oleh Allah swt dalam firmannya pada surah An Nahlu ayat ke 43.

    ReplyDelete
  8. Kambing aqiqah memerlukan kambing hidup yang membesar dalam keadaan sihat dan sempurna sifat dan bebas dari penyakit. Tiada kecacatan fizikal seperti tempang dan penyakit yang mengurangkan daging boleh ada pada kambing tersebut.

    Tambahan pula, kos untuk memelihara kambing aqiqah adalah lebih tinggi sehingga 2 tahun. Risiko kematian kambing adalah tinggi kerana makhluk bernyawa. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  9. Harga rm1300 untuk kambing aqiqah tu seekor kambing ke?

    ReplyDelete
  10. Kambing aqiqah tu utk seekor je kan...sebab kalau anak lelaki kena 2 ekor..so total 2600 lar

    ReplyDelete
  11. Kambing aqiqah tu utk seekor je kan...sebab kalau anak lelaki kena 2 ekor..so total 2600 lar

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts