Alah Bisa Tegal Biasa

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Memang lumrah dunia, semua insan akan diuju didunia tidak kira dari segi kerenah manusia dan alam semula jadi. Pengalaman tidak manis memang pahit ditelan tetapi pengajaran yang diperolehi rentetan dari peristiwa tersandung yang lalu bakal menjadi kayu pengukur samada seseorang mampu bangkit atau kekal tersungkur.

Semut mati kerana gula, manusia mati juga kerana gula-gula lisan (kata-kata manis bak kata pepatah lembut gigi dari lidah)

Akal yang bijak tidak mendatangkan manfaat tanpa amal, Bagaimana kita mahu berjaya jika terlalu asyik meletakkan kepercayaan pada orang lain.

Mulai hari ini dan seterusnya, dengan sisa runtuhan yang tersergam megah ini, kita bina kisah baru yang lebih positif. Insyaallah bi iznillah

Wallahu'alam.

Comments

Popular Posts