TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Ternak Kambing : Lantai Kandang

>> Thursday, March 3, 2011

Assalamualaikum Wrmbth,

Contoh lantai kandang

Lantai kandang kambing perlu dibina dengan spesifikasi yang betul. Ini termasuklah dari segi jenis kayu, saiz kayu dan jarak antara kayu lantai.

Lantai kandang secara umumnya dibina dari kayu. Kayu dah la mahal sekarang ni lebih-lebih lagi yang tahan lama. Kalau boleh cari alternatif lain, cuba cari kayu dari rumah terpakai.

Kalau buat kandang dari kayu murah sangat, hasilnya tak berkualiti. Baru guna berapa bulan dah reput, ada yang kemalangan nanti. Lagi teruk kalau pelanggan yang jatuh.. Mesti terus tak jadi beli. ;(

Create your own banner at mybannermaker.com!
Jadi, sebelum buat kandang ni, kena timbal tara kos. Mahal sangat kos kandang, tak da duit nak beli kambing macam mana tu.

Jadi.. jom pakat baca aspek-aspek yang perlu diambil kira dari info di bawah ni.

Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:

*Tahan lama (Melibatkan pemilihan bahan yang sesuai) - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
*Mudah dicuci
*Tidak licin
*Tidak mencederakan
*Tidak mudah lembab

*Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
Create your own banner at mybannermaker.com!


*Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP