Resepi Sup Kambing

Assalamualaikum Wrmbth,

Bagi ibubapa yang baru dikurniakan cahaya mata, tahniah diucapkan kepada anda. Semoga kalian berupaya menjadikan anak anda insan yang soleh kerana anak yang soleh dapat mendoakan kalian selepas hidup didunia.

Diantara ibadat sunnah yang dituntut kepada ibubapa untuk anak mereka ialah aqiqah dan korban. Hmm.. kalau daging kambing aqiqah dah banyak nak masak apa ya? Mungkin anda boleh cuba salah satu resepi di blog ini.

Resepi Sup Kambing

750 gm rusuk kambing
2 labu bawang besar, di potong halus
3 ulas bawang putih, dikisar
2 cili hijau, dipotong
2 inci halia ditumbuk
2 sudu lada hitam ditumbuk
3 sudu ketumbar
9 cawan air
1 senduk besar minyak masak
4 biji buah pelaga hitam

5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2.5 cm halia, ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari daging
Setengah cawan santan kelapa
Garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun bawang (dipotong)
Daun Ketumbar


Cara masakan Sup Kambing:
1. Potong daging kambing dan tulang, masukkan di dalam bekas bersama dengan bawang besar, bawang putih,lada hijau, lengkuas atau halia, ketumbar dan lada hitam.

2. Masukkan air, dan masak hingga menggelegak. Asingkan daging kambing dan air rebusan.

3. Panaskan minyak masak di kuali dan goreng buah pelaga hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan halia selama 1 minit, kemudian tambah serbuk kari dan goreng dengan api sederhana selama 4 minit.

4. Masukkan santan dan air rebusan yang telah diasingkan. Kacau hingga sebati dan tambahkan garam dan serbuk lada hitam.

5. Tambahkan daging kambing dan masak sehingga daging empuk.

Comments

Popular Posts