TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

RESEPI KAMBING BEREMPAH

>> Saturday, December 18, 2010

KAMBING BEREMPAH
Sumber: Majalah Jelita Disember 1997


Bahan-Bahan:
600 gm daging kambing (dihiris nipis)
2 camca besar rempah kari
2 camca besar mayonis
1 camca besar cili giling
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
1 camca besar kicap manis 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
125 - 250 ml air
Garam
Gula pasir


Cara:
Perap daging kambing bersama rempah kari, mayonis, cili giling, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap manis dan bawang putih di dalam mangkuk selama empat jam. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga ia keperangan. Masukkan daging kambing bersama bahan perap. Kacau di atas api kuat hingga ia garing. Masukkan air, tutup periuk. Tambah air jika perlu. Biar hingga daging empuk. Akhir sekali, masukkan garam dan gula pasir.

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP