Perkasa bantah resolusi Kongres Ekonomi Cina

Assalamualaikum wrmbth,

Antara sebab mengapa kita wajib betulkan diri kita sendiri. Ambil lah peluang sempena bulan yang penuh keberkatan ini.(Artikel ini saya petik dari Kosmo, Isnin 16 Ogos 2010

Perkasa bantah resolusi Kongres Ekonomi Cina
Oleh Mohd Yunus Yakkub (Yunus.yakkub@kosmo.com)

KUALA LUMPUR - Persatuan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah keras tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia supaya 30% ekuiti bumiputra dalam semua sektor dikurangkan secara berperingkat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu dilihat bukan sahaja melampau malah sangat menggugat kepentingan hak orang melayu dan bumiputra serta boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

Menurut beliau, Perkasa dalam mesyuarat kelmarin juga menentang resolusi supaya diadakan penawaran tender terbuka kerajaan termasuk syarikat bukan kerajaan dilokasi-lokasi strategik seperti kawasan segitiga emas.

"Meskipun kerajaan mungkin akan melaksanakan sistem tender terbuka itu, kami berharap kerajaan mempunyai satu mekanisme telus dan terbaik dalam melindungi kepentingan bumiputra," katanya pada sidang akhbar disini semalam.

Kelmarin, sebanyak 12 deklarasi dikeluarkan oleh Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang antaranya ialah meminta 30% ekuiti bumipuera dikurangkan.

Kongres tersebut juga mahukan sistem kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan bagi mewujudkan persaingan yang lebih adil.

Tambah Ibrahim, pendirian Perkasa adalah bersesusaian denagn Dasar Ekonomi Baru dalam memastikan tahap pencapaian 30 peratus ekuiti ekonomi syarikat bumiputra.

Menurut beliau, pihaknya telah mendesak Majlis Perundingan Melayu (MPM)serta mengadakan perbincangan meja bulat dalam mencari penyelesaian proaktif dalam membincangkan isu berkenaan pada 29 ogos ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai masalah kenaikan harga ayam, perkasa bakal menganjurkan boikot makan ayam selama seminggu bermula 18 ogos ini.



Sama-samalah muhasabah diri.

Comments

Popular Posts