TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Kenapa Kambing Halal?

>> Monday, July 26, 2010

Assalamulaikum wrt wbt.

Pastinya ramai di luar sana yang bertanya, kenapa laman ini, atau jenama kami ialah "Kambing Halal"? Bukankah kambing itu memang halal dimakan?



Ya benar, tuan puan memang tidak salah, akan tetapi kami disini menekankan kebersihan, kehalalan produk kami pada tahap yang tertinggi. HALAL dan TAYYIBAH dimaksimumkan.

Adakah tuan puan sedar bahawa ramai pembekal/peniaga/penternak kambing ataupun haiwan aqiqah yang melakukan urusniaga haram? Tahukah tuan puan bagaimana? Disini kami berikan sedikit tips.

1) Untuk mendapatkan kambing yang gemuk dan cukup berat, penternak menggunakan pallet sebagai makanan. Disinilah timbulnya isu, iaitu pallet yang diberikan kepada haiwan ternakan ini adalah pallet yang sama diberikan kepada Bab* ataupun khinzir. Pallet bab* ini murah, dan kebanyakan pembekalnya dari Bukit Pelanduk. Pallet makanan bab* ini mengandungi bahan2 yang tidak bersih, dan mengandungi bab* juga.

Jadi Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah begitu menjaga bab kebersihan dan kehalalan ini. Kami menggunakan pallet yang bersih, HALAL, dan diyakini kaedah pengeluarannya.

Apa lagi, teruskan menyokong kami!

2) Tahukah anda, ada pembekal kambing aqiqah yang menipu? Mereka mencampurkan daging kambing import bersama dengan daging kambing yang baru disembelih. Sebagai contoh, seekor kambing yang baru disembelih, dicampurkan dengan daging kambing import untuk memenuhi pesanan 5 kambing. Jadi penjual disini memaksimumkan keuntungan yang berlipat kali ganda! Inilah kebanyakan penipuan yang berlaku.

Kami di Kambing Halal sama sekali tidak terlibat dalam penipuan ini. Kami akan membekalkan kambing yang anda pesan dalam packaging yang baik. Kami galakkan anda agar datang sendiri untuk memilih kambing yang anda berkenan. Kami akan uruskan segala urusan sehingga ke pintu rumah anda.

Apa lagi, teruskan menyokong Kambing Halal!

Jadi, tips yang berguna untuk mendapatkan kambing aqiqah yang terjamin kesegaran, kebersihan dan kehalalannya;

1) Kenali peniaga/pembekal anda. Pastikan mereka boleh dipercayai. Tiada jaminan dari segi luaran disini. Berdoalah kepada Allah agar menunjukkan yang benar itu benar, yang batil itu batil.
2) Buatlah lawatan ke kandang. Pastikan kandangnya bersih dan terjaga.
3) Pilih kambing anda sendiri. Minta nasihat dan panduan dari penternak.
4) Pastikan penyembelihan dilakukan dalam jangkamasa 24 jam sebelum kambing dihantar. Ini untuk memastikan kesegaran daging. Anda juga perlu membayar deposit dan tempahan seawal mungkin bagi memudahkan urusan penyembelihan dilakukan. (Buat pengetahuan, proses penyembelihan, lapah, siang mengambil masa 3-4 jam).

Itu sahaja setakat ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian, kita semua dan umat Islam seluruhnya. Ameen.

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP