Kambing halal: Tips Memilih Kambing Aqiqah



Assalamualaikum wrmbth,

Terima kasih kepada para pelanggan semua diatas permintaan kambing untuk tujuan Aqiqah dan ternakan yang tidak putus-putus. Kami di KAMBING HALAL bertekad untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

Hari ini, saya ingin memberikan sedikit tips memilih kambing terbaik untuk dengan wang yang anda belanjakan.

Perkara yang disarankan untuk memilih kambing:

1. DATANG SENDIRI ke kandang dan lihat keadaan kandang dan kambing (perhatikan kebersihan kandang)

2. Pilih KAMBING yang AKTIF (Keaktifan kambing memberikan petunjuk bahawa kambing itu sihat walafiat dan tidak cacat)

3. Pilih kambing yang paling BERISI (Hehe..)

4. JANGAN jadikan HARGA yang MURAH sebagai penentu. (Kerana ADA sesetengah kes, Harga kambing memeang kelihatan murah, tetapi dikenakan kos sembelihan, melapah, penghantaran yang MAHAL). Belum masuk kos2 tersembunyi yang lain

5. TANYA BERAT kambing dan PERKHIDMATAN apa yang anda dapat (SEMBELIH, LAPAH dan HANTAR)

6. MINTA RESIT pembayaran sebagai bukti

PS: maklumat tambahan kepada pembaca budiman sekalian, syarat-syarat kambing aqiqah ialah

a) Umur cukup 2 tahun
b) Sihat wal afiat dan tiada penyakit
c) Tidak tempang
d) Tidak cacat

Popular Posts