Budaya Ilmu: Rahsia Bisnes Orang Cina

Assalamualaikum wrmbth,

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan. Bulan mulia pesta ibadah menghampiri. Marilah bersama-sama mempersiapkan diri menghadapinya.

Jalan untuk berjaya telah ditunjukkan oleh para perintis terdahulu, tetapi tidak ramai yang mampu melaluinya. Minggu ini, saya ada membeli sebuah judul buku yang menarik sebagai santapan minda. Mungkin ramai diantara anda yang telah membacanya tetapi saya yakin lebih ramai lagi yang belum.



"RAHSIA BISNES ORANG CINA" judul buku diberi,
Membongkarkan rahsia yang dicari-cari,
Ayuh bangsaku marilah mengkaji,
Ambil yang baik buat bekalan diri.

Bukan tujuan kami untuk mempromosikan buku ini, tetapi rugi jika tuan puan tidak beli buku ini. Dengan harga serendah RM15, banyak ilmu dapat dipelajari sebagai pelaburan untuk perniagaan anda.

Tetapi, sebanyak mana pun ilmu yang diperolehi.. tidak berguna jika ia tidak diamalkan. Maklumlah, antara soalan yang bakal ditanya kepada semua insan,

Berapa banyak ilmu dipelajari yang telah diamalkan?


Insyaallah, kami akan hadamkan isi buku ini dan hasilnya akan kami serlahkan melalui kualiti servis dan budaya kerja syarikat kami.

Comments

Popular Posts