Assalamu'alaikum Wrmbth, minggu ini kami telah menghantar 3 orang wakil daripada
Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah untuk kursus sembelihan halal JAIS bagi menambahkan lagi kemahiran dan ilmu pengendalian ternakan untuk ibadat sembelihan bagi memenuhi fardhu kifayah umat islam. Banyak yang kami pelajari disana dan banyak juga isu kritikal yang didedahkan kepada kami daripada barisan penceramah yang berpengalaman dalam bidang halal ini.
|
Buku Tentatif Program saya, penting ni sebab esok nak periksa
|
Kursus sembelihan halal JAIS ini mengambil masa 2hari penuh dan terdiri daripada sesi kuliah dan praktikal. Diakhir kursus, peserta wajib mengambil ujian bertulis dan lisan bagi membolehkan mereka mendapat tauliah iaitu perakuan JAIS untuk menyembelih. Semasa kursus, terdengar persoalan daripada peserta akan mengapa perlu ada tauliah untuk menyembelih? Bukankah semua umat islam layak menyembelih? Persoalan tersebut terjawab dalam kursus ini kerana jawapan diberikan berbunyi begini "Terdapat perbezaan antara orang yang tahu dan orang yang faham erti dan tatacara penyembelihan. Semua orang tahu urat Marih dan halkum tetapi bagaimana rupanya urat tersebut dan dimana lokasinya pada haiwan sembelihan. Ramai pendatang asing yang bekerja dirumah sembelihan melaksanakan penyembelihan yang dipunyai tauke bukan islam. Malangnya walaupun pendatang ini islam tetapi urat halkum dan marih tidak putus sempurna menjadikan haiwan tersebut bangkai.
|
Sesi pembukaan hari pertama oleh urusetia JAIS |
|
Ceramah pertama tentang akhlak dalam sembelihan oleh wakil JAIS |
|
Ceramah kedua oleh Doktor Awis tentang Sains dalam Sembelihan dan Islam, Penceramah daripada Universiti Putra Malaysia |
|
Lepas 2 ceramah kami rehat untuk makan, duduk depan masjid negeri Shah Alam |
|
Sesi ceramah lepas semahyang zohor dan rehat. Ustaz muda berceramah tentang isu-isu sembelihan halal. Banyak pembongkaran mengejutkan. Lepas ni saya akan fikr 2 3 4 5 kali sebelum makan ayam di luar |
|
Sesi ditunggu tunggu, praktikal sembelihan ayam. Lepas ini semua ayam sembelih sendiri, Hehe |
|
Ustaz tunjukkan cara yang betul untuk pegang ayam semasa sembelihan |
|
Pegang kepak ayam seperti ini dan letakkan jari telunjuk di leher |
|
letakkan tangan kiri dibawah leher ayam dan lurutkan ke posisi diatas supaya semua urat disusun sempurna |
|
Gunakan pisau tajam dan pastikan urat marih dan halkum putus, Sembelihan sehingga putus kepala Makruh |
Jangan terkejut, ada dikalangan penyembelih tempatan yang telah menyembelih bertahun-tahun rupa-rupanya menyembelih haiwan yang menjadi bangkai dan dimakan oleh orang islam. Banyak lagi isu yang disentuh semasa kursus sembelihan halal JAIS ini dan peserta daripada seluruh selangor berjumlah 30 orang tekad melaksanakan ibadat sembelihan dengan sempurna.
masalah besar sekarang adalah pihak agama tidak memdedahkan umat islam di malaysia tentang teknik penyembelihan yang betul.mereka tidak mahu mengeluarkan tauliah secara individu dan hanya memberi tauliah kepada syarikat semata-mata.persoalannya bagaimana dengan pihak yang tidak mempunyai syarikat diluar sana????sedangkan kursus ini patut dihadiri oleh umat islam bagi memahami secara lebih mendalam tentang penyembelihan.ini kerana mereka akan berhadapan dengan penyembelihan di dalam kehidupan seharian mereka.mohon memberi pencerahan.
ReplyDeletehamri anis,sarawak.