Hadis Bahaya Kata Kata

Assalamu'alaikum Wrmbth, sedar tak sedar sudah bulan April. Semoga sihat semuanya. Semoga Hadis dibawah boleh memberi peringatan kepada kita untuk menjaga kata kata.

Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) ditanya tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia masuk syorga, lalu jawab baginda: Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan beliau ditanya pula tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia ke neraka, jawab baginda: Dua rongga: mulut dan faraj (kemaluan). [Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi]

Mari luaskan skop pemahaman hadis ini, manusia ramai masuk keneraka kerana mulut iaitu melalui kata kata. Dari kata kata manis, janji janji kosong, fitnah dan mengumpat. Semasa urusan jual beli contohnya, menipu untuk mendapat lebih untung, mana nak berkat. Menjadi orang yang mengadu domba, dihadapan baik seperti rakan baik tetapi dibelakang menceritakan kelemahan dan keburukan rakan. 

DAN........ Sedar tak sedar, ayat ayat di facebook dan blog juga sama. Hati hatilah menaip. Jujurlah dalam urusan jualan kambing aqiqah dan urusniaga masing masing.

 

Comments

Popular Posts