Hadis Pikul Tanggungjawab

Assalamu'alaikum Wrmbth, entri ini bukan tentang kambing aqiqah :) setiap dari kita punya tanggungjawab kerana kita dilahirkan sebagai pemimpin.

Betapa beratnya tanggungjawab pemimpin dengan amanah yang dipikulnya. Ingatlah Rasulullah SAW telah bersabda

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." - [Hadis riwayat Bukhari]

Anda suami? Tangungjawab anda alah anak dan isteri. Pengembala kambing? Kambing2 anda adalah tangungganmu. Anda pemilik blog,facebook,twitter? Tulisan dan entri anda adalah tanggungjawabmu. sebagaimana ramainya manusia masuk neraka kerana lidah.

Mudahnya seseorang yang memimpin melupakan amanah? Beringatlah, sebelum akhirat datang. Jangan lupa aqiqahkan anak anda sekiranya mampu.




Comments

Popular Posts