TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Resepi Kambing Masak Merah Ala Thai

>> Monday, August 6, 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth,
Mari cuba Resepi Kambing Masak Merah Ala Thai untuk juadah berbuka puasa buat seisi keluarga. Asyik bincang pasal kambing saja, sekali sekala kita tukar juadah kelauarga berasaskan kambing. Nyum2.. Hehe
 
Create your own banner at mybannermaker.com!
Bahan-bahan untuk masakan ini:

0.5 kg Daging kambing  - potong nipis dan rebus bersama pewarna merah (bagi tujuan kosmetik je..)
3 biji bawang putih -potong kecil
2 camca besar cili kering - dikisar
1 biji bawang besar - potong bulat
12 biji cili api - Potong kecil
2 camca besar sos tomato
2 camca besar cili sos
2 helai Daun limau purut
1 camca besar sos tiram
1 batang Serai dititik
Garam secukup rasa (kurangkan garam - resepi kesihatan ya)
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung (pemekat kuah)

Cara Penyediaan:
Daging kambing digoreng dan di ketepikan
Tumis bawang putih sehingga naik bau
Masukkan cili kering  kisar
Kacau cili hingga sedikit garing
Sos cili, sos tomato dan sos tiram di masukkan
Kacau seketika ya tuan puan dan masukkan air bancuhan epung jagung untuk pekatkan kuah
Air di masukkan ke dalam kuali
Daun limau purut dan serai di masukkan
Masukkan bawang besar
Masukkan garam dan ajinomoto
Kacau sebentar
Air bancuhan tepung jagung dimasukkan
Angkat setelah kuah likat dan hidangkan bersama nasi putih

Create your own banner at mybannermaker.com!
Selamat berbuka puasa bersama daging masak merah ala tom yam

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP