Kambing Syahid di Medan Ternak


Assalamu’alaikum Wrmbth, Minggu lepas ada kes keguguran pada kambing dara di kandang saya. Kambing yang saya ambil borong daripada rakan penternak yang tukar focus pada ternakan lain tu. Ikutkan rekod, kambing ni baru nak masuk 9 bulan paling tua pun jadi tak lah sangka yang mereka ni dah bunting. Perwatakan nakal dan lincah macam biasa sehinggalah 2 minggu lepas.

Saya perhatikan ambing susu seekor kambing dara bernama DARA ni semakin besar, terkejut juga sebab hari2 saya perhatikan dan terus saya asingkan daripada kambing lain. CIk Dara ni baru kena kecacingan bulan lepas jadi macam biasa rawatan telah diberikan tetapi memang terdapat tanda penyusuan berat badan yang ketara. Tup2, hari isnin pagi lepas subuh dah beranak. Anak pula nampaknya kurang nutrisi ataupun kemungkinan besar lahir tak cukup bulan. Memang berbeza dengan 2 kelahiran sebelum ni. 

Memang kami berikan tumpuan sepenuhnya jaga ibu dan anaknya tetapi ada jugalah kedengaran doa-doa tidak baik daripada orang yang Nampak keadaan anak ni, “kambing ni tak lama ni, kambing ni mesti mati tak lama lagi”. Saya usaha jugalah tolong anak kambing ni menyusu dan Alhamdulillah 3 hari pertama dah menunjukkan peningkatan drastik. Tapi takdir tuhan lebih berkuasa, adalah sesuatu yang berlaku pada anak kambing tersebut pada waktu malam yang dingin, basah lencun kena air. Esok pagi semasa saya dating, berhempas pulas juga selamatkan namun selepas 4 jam berjuang akhirnya jam 11 pagi, pulang ke penciptanya semula. 

Kemudian, semalam pula seekor lagi kambing dara saya bernama KANCIL keguguran. Menurut pemerhatian, saiz janin dah 3 bulan malah saiznya besar dan sihat. Ibunya pula kambing yang baru berusia 8 bulan, memang saya tak sangka dah bunting. Sedar2 dah gugur. Bila 2 ekor kambing melalui pengalaman melahirkan yang tidak normal ni, mulalah selidik2 apa yang perlu diubah pada aktiviti pengurusan kandang ni. Saya rumuskan 4 punca yang mungkin menyebabkan keadaan ini.

1)      Pelet saya rosak dan ada afla toxin (doa2 tidaklah) sebab saya dah cuba jaga sebaik mungkin. Boleh jadi mandul kekal pada kambing ni
2)      Kambing bunting terlalu awal dan badan induk terlalu kecil untuk tamping perkemabgan bayi
3)      Kambing induk lain telah berkelahi dengan ibu2 bunting sehingga gugur
4)      Kecacingan (walaupun kecil sebab saya dah laksanakan penyahcacingan 1 bulan lepas)

Sedih tu ada juga tapi mari kita fikir positif, 2 ekor kambing ni dah tukar status kepada kambing induk. Hmm.. insyaallah proses seterusnya lebih lancer insyaallah. SIapa tahu perancangan Allah swt. Kita Cuma boleh usaha sabar dan tawakkal. Wallahu’alam

Comments

  1. Assalamualaikum tuan blog..rsenye punca dsbbkn usia dara tu.1st time brnak mmg ade problm.dara aku tahun lps 3ekor gugur n ank mati.utk klahirn thun alhamdulillah dara yg ggur rhun lps sekor dh slmt mlhrkn ank dgn jaya.2ekor lg tnggu mse je nk branak..

    ReplyDelete
  2. First kidding risiko masalah memang tinggi sikit. Orang pun sama. 

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts