Kambing Dari 2 Belah Pihak

Assalamu'alaikum Wrmbth, sambil buat kajian penambahbaikan terjumpa pula cemuhan saudara seakidah berlainan warna bendera dan citarasa mengulas tentang kegagalan pihak lawan membela kambing.

Saya pun tak sanggup nak kongsi dalam blog saya yang fokus pada hala tuju kehadapan ni, bagi yang berminat boleh rujuk link di bawah ini

http://pipitkampung.blogspot.com/2012/05/setelah-lebih-dua-tahun-operasi-lembah.html

Kasihan lembah kaprima gagal, ada gambar susukan kambing guna botol lagi tu. Memang patut di ban penggunaan botol susu ni. Pakai la jenama mahal2 pun pada botol susu ni Pureen ke, Avent ke, Tollyjoy ke tak bawa faedah pun. Saya rasa lebih baik kita sibuk majukan diri daripada sibuk berbicara hal kegagalan orang lain dan yang pasti mencanang kegagalan pihak berlainan ideologi tidak akan membawa kita ke mana kecuali mengundur kebelakang kerana dalam sibuk kita mengata rupa2nya sama bangsa. Ish3

Di Klang ni pun ada kandang super besar yang mempunyai kaitan dengan politeknik, belah mana tak kisah la tapi memang cantik kandang dia, besar, sejuk banyak pokok tapi sepi dengan populasi kambing hampir pupus. Kalau buat kiraan coccidiacis untuk kambing mungkin 1:100 kaki persegi pun dapat. Semoga tuan kandang dapat terus bertahan dengan ujian menternak kambing walau apa warna bendera anda kerana suka atau tidak kita seakidah

Comments

  1. satu soklan kat tuan punya blog ini ,, ada kah kaprima menguna kan wang grant dari kerajaan atau wang mereka sendiri ?? jika  grant dari kerajaan wajar lah pihak pembangkang bangkit kan seperti mana nya kes NFC yg gagal ,,jika duit gomen tak kan lah duit penbangakang nak diam sebab pembangkang juga sebahgaian dari kerajaan n rakyat malaysia..  mohon cerah kan akal kita demi membangun kan negara , tak kira apa jua bangasa kita,,, sekian terima kasih ,,,, 

    ReplyDelete
  2. bg sayala..xkesahla parti manapun jika ia melibatkn penggunaan wang rakyat wajib utk dimaklumkan kpd rakyat samaada gagal atau berjaya ssuatu projek.Kalu brjaya alhamdulillah boleh di kembangkan ke tempat lain.jika gagal kenala buat post mortem n kajian terperinci sbab kegagalan.bukan apa tuan takut ada penyalahgunaan kuasa n unsur2 tidak baik yang menjurus kpd kegagalan tersebut..Sekian.terima kasih..:-)

    ReplyDelete
  3. haha..demam PRU agaknya tuan..sensitip bab nih..aku bntai je dua2 belah asalkan yg benar dtegakkan..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts