TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Kambing Baru Dari Bidor dan Babi Hutan

>> Thursday, May 17, 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabatnya.

Pejantan Kambing kandang ni memang besar, Berger namanya

Kambing berpusu-pusu keluar kandang. Sesak laluan ni. Nasib baik takde tol

Ni pulak kambing tunggu giliran nak keluar kandang. Tak boleh tahan

Kambing siap sedia untuk take away. Delivery paling jauh setakata ni 200km jauh selaju 110km/jam purata. Hehe

Alhamdulillah masih diberi ruang menulia dalam kesibukan memikirkan cara memajukan ternakan kambing sendiri ni. Semalam saya bertolak ke Bidor Perak untuk lawatan muhibah ke Alwigoatfarm sekali lagi. Seawal jam 7 pagi dah bertolak, sampai pula pada jam 930 pagi. Tujuan lawatan kedua ini ialah nak membeli beberapa ekor kambing kampung kacuk untuk dibiakkan di kandang sendiri.

Kenapalah nak jauh2 ke perak untuk angkut kambing ni, sedangkan di Selangor bukan takda orang bela kambing bukan. Sekali fikir oleh orang kebanyakan yang tidak ada pengalaman membela kambing insyaallah kesitu lah hipotesis awalnya, tetapi disini ingin saya kongsikan betapa perei pentingnya aspek pemilihan kambing ni.

Pertamanya, kambing jenis lepas lebih mudah dijaga daripada makan tanggung. Kedua, kambing ada darah tempatan insyaallah lebih sesuai dengan cuaca Malaysia dan ketiga, kambing2 ini telah di didik dengan ciri2 yang bagus seperti pandai menjaga anak dan ada baka kembar. Kalau baka kembar ada dalam genetik, maka lebih cerah peluang dapat anak kembar ni. Dulu masa mula2 bela kambing memang tak tahu benda2 ni, jadi banyaklah yang silapnya tapi pengajaran berguna untuk diri sendiri ni.

Proses pemindahan kambing antara negeri memang sedikit rumit, pada kebiasaannya permit daripada jabatan haiwan sudah mencukupi tetapi untuk kes ini sebelum permit dikeluarkan perlu dibuat ujian darah bagi kambing yang akan dihantar. Hehe. Nak tahu berapa lama ujian darah keluar keputusan? 1 bulan menunggu. Banyak2 la bersabar dengan protokol ni. Sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi rukun negara, ikut dan patuh pada perkara baik ni. Manalah tahu, tengah jalan kena tahan polis habis disita kambing2 tu dan saya pun boleh kena tahan soal siasat. Risiko besar juga ni. Jadi, ikut jalan yang betul lebih terjamin insyaallah.

Oleh kerana sampai seawal jam 930 pagi, rezeki menyaksikan sendiri 300 ekor kambing atas kandang dilepaskan akhirnya diberikan Allah swt. Syukur alhamdulillah, memang syok dapat lihat kambing berpusu2 keluar dari kandang dengan gaya akrobatik anak kambng. Mana nak cari tempat lain ni. Hehe. Terima kasih kepada tuan ladang sebab bersusah payah tolong aku pilih dan ikat kambing. Berpeluh2 kami kejar kambing dan ikat. Siap bungkus dalam guni lagi tu. Kalau guna lori untuk perjalanan 400km pergi balik memang tak berbaloi untuk kambing sikit ni, kos sahaja mahu RM500 (minyak + tol + upah) jadi nampak gayanya MYVI le jadi mangsa. Muat 7 ekor kambing atas myvi.

Sepanjang perjalanan balik 2 jam riuh kereta dengan suara pekikan kambing. Dan sepanjang perjalanan tak berhenti2 berdoa semoga Allah swt perkuatkan hati dan permudahkan urusan. Walaupun sudah ada permit, tetapi banyak juga soal jawab jika ada polis dan JPJ. Sebagai makluman, doa seorang musafir adalah mujarab dan Alhamdulillah diperkenankan doa saya, sepanjang perjalanan tiada sekatan jalanraya. Hehe. Sampai kandang di Klang jam 240 petang dan selamatlah sampai ke kandang baru.

Apabila dirasakan segalanya telah selesai, petang semalam jam 6petang, tak pernah dalam sejarah kandang kami, ada 2 ekor babi hutan berkeliaran disekeliling kandang. Apa nak buat dengan makhluk haram ni. Nampaknya selepas ini, kawasan padang ragut kambing semakin luas sebab bulldoze akan dipanggil untuk merobohkan pokok bagi menghalau babi hutan tersebut ketempat lain. Syukur Alhamdulillah

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP