Salah Faham Hadis Kambing Aqiqah

Assalamu'alaikum Wrmbth, ramai dikalangan masyarakat Malaysia ni keliru tentang syarat kambing aqiqah terutama sekali tentang umurnya. Disini saya kongsikan hasil pertanyaan saya tentang umur kambing untuk aqiqah dan hadis yang sahih insyaallah. Penting untuk kita periksa status hadis, siapa yang berbohonh atas nama Rasulullah SAW maka disediakan emmpat duduk neraka. Na'uzubillahi min zalik

Soalan:
Kawan saya ada cek, ada hadis yang saya sedang cari semula, menyebut umur kambing untuk aqiqah adalah 1 tahun 1 hari. Jika benar, mengapa di mAlaysia sangat tersebar luas unur 2 tahun untuk aqiqah?

hadis:
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنْ
الضَّأْنِ

terj:
(MUSLIM - 3631) : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair telah menceritakan kepada kami Abu Az Zubair dari Jabir dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kamu sembelih hewan untuk berkurban, melainkan hewan yang telah Musinnah. Jika itu sulit kamu peroleh, sebelihlah jadz'ah."

Istilah haiwan musinnah dan jaz'ah itulah yg keliru. Musinnah, usia biasa, manakala jaz'ah dari baka special, maka boleh setahun atau 6 bulan

musinah bagi kambing kampung ialah 2 tahun, manakala biri2 impot dan kambing kacukan, mungkin jatuh kpd usia jaz'ah, setahun dan bahkan 6 bulan..
 http://bicarathtl.forumms.net/t292p75-3-malam-mimpi-orang-yang-sama#5284

Comments

  1. Salam. Banyak golongan india muslim kata kat aku bagi diorang kambing cukup umur bila 6 bulan. Aku pun terkejut juga, tapi rupanya kat pakistan, bangladesh, india memang biasa takrifan cukup umur ialah 6 bulan ke atas. Mazhab berbeza, pandangan pun banyak yang berbeza. 

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Wrmbth, Betul tu tuan. Perkara ni khilaf dan perbezaan pendapat itu rahmat. Bukankah islam memberi banyak ruang untuk penganutnya beribadat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts