Apa Yang Penternak Kambing Baru Patut

Assalamu'alaikum Wrmbth, Selepas berbincang dengan Alwigoatfarm dan rakan2 lain saya sudah sedikit sebanyak menganalisa kesilapan lampau yang terbukti membawa banyak cabaran. Buat penternak kambing baru, saya harap dan doakan tidak mengulangi kesilapan orang yang terdahulu dari kamu. Orang bijak belajar daripada kesilapan orang lain.

Penternak kambing baru memang selalunya sangat bersemangat dan berani menanggung risiko dan bila berani sangat mudahlah anda ditipu dan diambil kesilapan. Terpulang kepada anda untuk menerima kenyataan dibawah, apa yang baik silakan ambil tetapi apa yang buruk harap di diambil iktibar unttuk menjadi penternak kambing berjaya.

  1. Jangan beli kambing ternakan bagi tujuan breeding dari TRADER. Mereka ni tak punya kepakaran tentang kambing dan nasihat/ tunjuk ajar daripada mereka memang out. Tak boleh pakai. Berapa ramai penternak kambing baru yang gagal kerana kambing dibeli daripada trader gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tanggung jawab macam mana tu? Mengawan pun gagal jadi bagaimana halatuju program pembiakan jika matlamat 1 breeding anda gagal disaat membeli kambing. Trader ni membeli kambing dalam kuantiti banyak dan akan cuba menghabiskan stok secepat mungkin kerana lebih lama kambing import diatas kandang, risiko kematian lebih tinggi. Tak percaya? 
  2. Jangan pinjam duit untuk mulakan penternakan kambing. Ramai penternak kambing baru jatuh tergolek dengan hutang yang banyak. Alhamdulillah dulu mulakan dengan modal kecil dan tanpa pinjaman kewangan. Masa 3 tahun pertama adalah ujian berat untuk penternak kambing baru bahkan untuk sebarang perniagaan. Apa yang anda lakukan pada 3 tahun terawal ini bakal menentukan samada bisnes ada mampu bangun atau gagal. Dalam 2 tahun pertama saja ramai sudah berputus asa kerana tidak dapat membayar pinjaman dan duit pusingan modal juga telah habis. Teringat kisah 16 graduan muda meminjam dari bank RM50,000 seorang untuk projek penternakan kambing. Akhirnya jatuh terjelepuk kerana dianiaya oleh guru mereka darpada kaum dan agama lain. Na'uzubillahi min zalik
  3. Jangan percaya bulat-bulat dengan rancangan televisyen di kaca TV dan program pembangunan penternakan anjuran swasta dan juga kerajaan. Banyak perkara disembunyikan dan dah di "make up" tebal2 sebelum masuk televisyen ni. Pihak terbabit pun pada satu tahap akan menafikan tanggungjawab mereka dan tinggallah anda terkontang kanting. Semangat kena kuat jika mahu bekerja sendiri. Usaha tanggan kejayaan, mulut manis tidak akan membawa anda kemana kecuali anda berharap memenangi tender dan geran dari pihak tertentu. 
  4. Jangan ambil sembarangan orang sebagai rakan kongsi, rakan baik anda mungkin menjadi punca utama kegagalan bisnes kerana tidak mematuhi perjanjian perkongsian. Dalam perkongsian, serba serbi perlu dikorbankan dan perlu ada toleransi yang tinggi serta timbangrasa terhadap rakan lain. Paling teruk boleh berlaku, ada yang berlagak memberikan arahan dan mahu menjadi bos tetapi memberikan segala kerja kotor kepada rakan kongsi yang lain. Hati tuan puan, ini adat perkongsian dan memang wujud insan seperti ini. Kerja sebagai penternak memang kasar dan kotor jadi buang jauh2 orang macam ni daripada awal.
  5. Jangan mudah percaya kepada penternak kambing lama kerana ada diantara mereka mengambil kesempatan pada penternak baru. Nasihat mereka berlandaskan niat meraih duit anda melalui pembelian kambing dan ubat-ubatan pada harga jauh lebih mahal dan tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengenalpasti penternak jenis murahan dan perosak nama baik profesion penternakan ini? Hmm.. Ambil perhatian pada penggunaan ayat mereka, istilah "saya orang jujur, amanah dan sebagainya" menunjukkan orang tersebut memang sebaliknya. Orang ikhlas tidak akan mewar-warkan keikhlasannya dan sentiasa menyembunyikan sumbangan. Orang gila pula tidak akan mengaku mereka gila. Mudah bukan?
  6. Jangan mulakan penternakan kambing secara terburu buru. Pergi lawati sebanyak kandang kambing yang boleh dan jalinkan persahabatan dengan mereka tetapi jangan taksub dengan idea diawakan oleh orang lama. Semua perkara ada baik dan buruk, lebih banyak rakan lebih banyak pertukaran maklumat. Anda masih akan melakukan kesilapan dalam penternakan kera ini memang lumrah tetapi bilangan kesalahan akan diminimakan.
  7. Jangan beli kambing yang buruk jati diri dan sifat kekambingngannya. Ini memang penting sangat. Tidak berguna anda membeli kambing yang telah dimanjakan oleh penternak sebelumnya seperti tidak pandai menyusukan anak malah tugas menyusu diambil alih oleh anda mengunakan susu botol. Kambing yang mempunyai semangat kesukuan tinggi akan bergaduh diatas kandang sehingga cedera dan bersaing secara ekstrim dalam meraih makanan di palung. Bayangkan makanan mencukupi untuk semua kambing di palung tetapi 3 kambing menanduk kambing lain supaya tidak mendekati palong. Kes manipulasi terlampau. Ini berlaku dikandang saya dahulu dan akhirnya saya sembelih kambing2 tersebut untuk aqiqah. Puas hati. Masalah ini dapat diselesaikan jika anda membeli kambing yang sudah serasi dikandang asal mereka. Makan bersama tanpa bergaduh dan ciri ini akan diwarisi oleh anak kambing anda. Tak percaya takpa.
Jadi apa yang anda patut lakukan sebenarnya? Penternak kambing baru saya sarankan membeli kambing pada penternak yang berdaftar dengan mana2 pertubuhan/persatuan yang boleh dipercayai. Macam mana nak tahu tu? Anda wajib selidik sendiri. Ini berkaitan duit dan masa depan anda bukan?

Comments

  1. Salam fairul. Betullah apa yang ditulis ni. Siap bubuh cili api lagi. Sape sape yang terasa pedas baguslah hehehe.. kaw punya. Cayalah!

    ReplyDelete
  2. Setiap penternak baru yang bercita cita menjadi pembiak, wajib ke atasnya mendapatkan maklumat yang betul daripada pembiak juga, bukannya trader/importer walaupun trader/importer tu infra kandangnya hebat hebat, walau pun kejap kejap terbang ke australia, walau pun diiktiraf sebagai tempat kursus oleh pejabat haiwan, walau pun kita seronok disajikan pelbagai gula gula manis oleh diorang ni.

    Kena tahu bezakan siapa trader, siapa pembiak. 

    ReplyDelete
  3. Lari dari jerung, buaya menganga, lari dari buaya, harimau menanti. Betul betul kena goreng sampai hangus hangit..

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak bagitahu orang baru ye? Aku dah banyak kali jumpa penternak baru tapi biasanya diorang memang susah nak dengar. Bila dah tak boleh jalan operasi masa tu lah sibuk contact kita mintak tolong. 

    ReplyDelete
  5. itula gnenye prstuan tu tuan guru..utk educate new breeder..tp bile dh msing2 ade kpntingan tu yg pyah.hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum

Popular Posts