Stok Kambing Aqiqah Mac 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, stok kambing aqiqah untuk bulan Mac 2012 tersedia untuk semua pelanggan Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah  Seperti biasa, kambing semua cukup syarat untuk sembelihan aqiqah dan qurban. Kambing kambing kami semuanya sihat, tidak cacat dan cukup umur dan mempunyai berat hidup lebih 40kg. Insyaallah memenuhi kriteria kambing aqiqah anda.
kambing aqiqah
Lembu aqiqah untuk kegunaan sembelihan anda

Perkhidmatan kambing golek melalui sembelihan aqiqah juga disediakan dan setakat perlaksanaan mendapat sambutan hangat daripada para pelanggan kami alhamdulillah. Kami telah berkolaborasi dengan chef berpengalaman menyediakan hidangan kambing aqiqah golek dan hasilnya memang memuaskan hati kedua-dua pihak. Perkongsian pintar untuk anda dan kami dalam menghidupkan sunnah ibadah aqiqah.
kambing aqiqah
Bila giliran kita untuk jadi kambing aqiqah ni? Tak sabar rasanya

Selain perkhidmatan kambing aqiqah, kini kami juga menyediakan perkhidmatan sembelihan lembu aqiqah. Harga lembu aqiqah bergantung kepada berat dan sentiasa tersedia untuk tempahan anda insyaallah. Sejak dilaksanakan akhir tahun2011 telah ramai juga menyembelih lembu aqiqah menggunakan perkhidmatan kami. Apa tunggu lagi, hubungi kami segera untuk tempahan lembu dan kambing aqiqah daripada Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah.

kambing aqiqah
Hubungi Kami untuk Kambing Aqiqah

Comments

Popular Posts