Assalamu'alaikum Wrmbth, Entri sebelum ini tentang hari pertama kursus sembelihan halal JAIS hari pertama, kali ini untuk hari kedua pula. Kami tiba di Menara MAIS untuk mengambil kehadiran hari kedua. Kehadiran wajib tu, kalau hadir macam biskut sekejap ada sekejap takda untuk keseluruhan 4 kuliah memang takkan dapat tauliah sembelihan ni. Nak masuk periksa pun belum tentu lagi.
|
Naik bas Jabatan Agama Islam Selangor untuk ke rumah sembelihan |
|
|
Selesai pendaftaran kami bergegas turun ke laman untuk menaiki bas JAIS menuju ke pusat sembelihan di satu lokasi rahsia di Shah Alam. Kenapa dirahsiakan? Sebab pihak terbabit mensyaratkan supaya lokasi tersebut tidak didedahkan. Gambar pun tak dapat ambil, kami akur dan patuh saja.
|
Peserta program sembelihan halal ni seimbang antara yang muda dan berumur |
|
Ustaz datang periksa sama ada semua pesrta dah naik bas untuk pusat sembelihan |
Menjelang jam 8.45 pagi bas bertolak daripada perkarangan menara MAIS ke rumah sembelihan tersebut. Jeng3, ada peluang praktikal sembelihan lembu sendiri. Hands on sembelih lembu tu, di luar mana lagi nak dapat peluang macam ni, dengan hati berkobar-kobar dengan semangat melaksanakan perkara baru sedar-sedar sekejap saja dah sampai sana.
|
Bas Dalam perjalanan ke seksyen XX Shah Alam |
|
Ramai yang layan tidur, mungkin malam tadi belajar apa yang patut untuk bekalan peperiksaan petang ni |
|
Siapa nampak patung lembu di bawah pokok ni? Saiz lembu sebenar dah macam berhala |
Gambar-gambar diatas diambil sehingga perkarangan rumah sembelihan saja. Jangan khuatir, rumah sembelihan ni sembelih yang halal sahaja. 7 ekor lembu tumbang ditangan 7 orang penyembelih daripada kalangan peserta kursus. Saya tak berkesempatan atas sebab tak dapat dielakkan. Insyaallah ada hikmah. Menjelang jam 11 pagi kami bertolak pulang ke menara MAIS untuk sesi kuliah terakhir.
|
Semua peserta sudah duduk ditempat masing masing untuk kuliah terakhir |
Kuliah terakhir berkenaan masalah masalah yang dihadapi oleh masyarakat islam berkenaan sembelihan halal. Tak sangka ramai orang buka rumah sembelihan tapi kantoi aspek halal ni. Kena ambil berat terutama banyak tauke bukan islam yang menggaji pekerja warga asing yang mengejar keuntungan. Siapa suruh serahkan tanggungjawab makanan halal pada bukan islam, sekarang kita juga yang merana makan bangkai.
|
Permandangan daripada tingkap kaca dewan kuliah |
|
Ada orang buat ulang kaji saat terakhir, Dah nak periksa ni |
Peserta yang dah tua mahu pening kepala kena baca bahan kursus ni untuk peperiksaan dan ujian lisan. Hehehe. Apa yang penting fardhu ain dan kifayah seperti sembahyang diamalkan insyaallah ringan. Orang tak sembahyang dan puasa boleh kantoi masa ujian ni. Penyembelih initugas penting kerana diamahkan untuk memastikan sembelihan halal untuk umat islam, kefahaman ilmu tak patut dipandang enteng.
|
Pakcik-pakcik semua berusaha untuk kemaslahatan umat islam |
|
Ya Allah, soalan macam mana akan keluar nanti, Hehe |
|
Semua tolong letakkan pen, ujian sudah tamat. Tunggu untuk ujian lisan pula. |
Alhamdulillah segalanya selesai untuk kursus sembelihan halal JAIS. Semoga semua lulus cemerlang termasuk wakil Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah. Insyaallah
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum