Semoga Allah Menjadikan Anakmu Insan Soleh

Assalamu'alaikum Wrmbth, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Faizal kerana baru mendapat cahaya mata.Semoga menjadi anak yang soleh dan hamba Allah SWT yang bertakwa.

Faris Haziq, anak Faizal alhamdulillah sihat dan seberat 2.6kg semasa lahir (Tak da iras ayahnya setakat ni..Hehe)

Alhamdulillah, Luqman Hakim dah ada kawan. Kawan baik-baik dengan anak pak cik Faizal
Semoga sihat wal afiat lah hendaknya. Lepas ni boleh berkawan baik-baik dan berbakti pada agama islam dan ibu bapa. Insyaallah. (Belajar dan Main kambing kat kandang pun boleh sama-sama.. Hehe)

Penternak dan usahawan generasi ke 2 insyaallah. Semoga Allah beri kekuatan menjadi insan soleh dan lebih pandai meniaga dari kedua orang bapanya ni yang baru bertatih. Hehe. Wallahu'alam. La Hau La Wa La Kuwwata Illa Billah

Comments

Popular Posts