Rumah Sembelihan Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth, Seiring dengan pertambahan tahun kami di Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah kini melabur sedikit dalam aset syarikat untuk pembinaan rumah sembelihan baru. Insyaallah lebih selesa dan besar dari sebelum ini untuk kerja-kerja melapah dan pengurusan kambing. Jadi saya nak kongsi sedikti gambar-gambar pembinaan rumah sembelihan yang masih dalam tempoh perlaksanaan.

Inilah rupa projek rumah sembelihan 50% siap. Rangka asas pun dah naik


Pembinaan rumah sembelihan ini dijangka siap 2-3 hari lagi. Usaha berterusan kami untuk maju seiring dengan pertambahan usia syarikat yang sedang belajar. Doakan supaya Allah swt menjadikan kami terus dijalan ini dan menjalankan urusniaga yang mematuhi syariah. Pembinaan rumah sembelihan ini juga mengambil kira faktor penambahbaikan dimasa kelak kerana tuntutan operasi. Wallahua'lam

Hasil kerja warga Pakar Kambing Golek Dan Panggang Harga Murah saja untuk menjimatkan kos.
Kami bermula dari bawah dengan izin Allah. Sudah macam-macam perkara berlaku dan boleh kata dah pernah tersungkur juga tapi dari berkat toleransi dan kesabaran individu yang dikurniakan Allah swt kesabaran selagi itu kami kekal bertapak. Selaku syarikat baru, kami bebas daripada bantuan kerajaan, bukan tidak diminta tetapi nampaknya pada pandangan pihak berwajib mungkin ada yang lebih layak dan kami pun tidak akan jadikan perkara tersebut batu halangan yang besar tetapi duri kecil ditepi jalan. Kagum juga dengan perjalanan syarikat yang mampu bertahan sehingga 100 tahun dan lebih seperti syarikat yahudi dan lain tetapi banyak syarikat orang islam yang lingkup baru beberapa tahun beroperasi. Ada masa kita sambung lagi insyaallah

Tetulang rangka atap rumah semebeliahan pun dah naik

Comments

Popular Posts