Kambing Aqiqah Terlepas

Assalamu'alaikum Wrmbth, Malam tadi semasa kambing baru untuk aqiqah sampai ke kandang, seekor kambing berjya meloloskan diri daripada lori dan lari kedalam hutan belukar didalam kandang. Hutan tersebut memang sangat gelap dan penuh dengan pokok renek. Sangat sukar nak lalu, saya pernah menebas kawasan tersebut sebelum ini tetapi oleh kerana masa yang terhad sekarang ni dah naik kembali semak samun dan tumbuhan renek.
Penuh semak samun, boleh bayangkan ditengah kepekatan malam nak cari kambing terlepas

Jika pada waktu siang, hutan tersebut sukar dilalui, bayangkan pula keadaannya pada waktu malam. Generasi pasca kemerdekaan seperti kita ni memang jarang ada kemahiran meredah hutan. Mujur ada insan seperti Wak yang berasal daripada indonesia, beliau gagahi juga hutan belukar tersebut seorang diri dan berjaya menjejak kembali kambing aqiqah tersebut pada malam itu juga. Saya memang kagum dengan kemampuan dan kemahiran sebegini berbanding ilmu yang dipelajari di unversiti dan pusat pengajian tinggi yang lain tapi tidak mendatangkan manfaat.Syukur Ya Allah berjaya menangkap kembali kambigng aqiqah ni, kalau tidak apa yang berlaku agaknya?
Ditengah kepekatan malam, pesan saya jangan tengok filem tahul tak bermanfaat. Melahirkan isan penakut je

Comments

Popular Posts