Kambing Golek Siap Potong

Assalamu'alaikum Wrmbth, Musim cuti sekolah ni ramai sungguh pelanggan pesan kambing golek. Oleh kerana kudrat kami yang terbatas dengan 2 tangan dan 2 kaki, maka tempahan yang dapat kami ambil juga terbatas. Namun, hari sabtu lepas saya mendapat permintaan menggolekkan kambing aqiqah yang pelanggan mebgharap sangat-sangat. Dan pelanggan kami juga yang mencadangkan supaya kambing ini dipotong kecik-kecil dan dibungkus dalam bekas tahan panas. Inilah rupa kambing golek siap potong + sos lada hitam.
kambing golek siap potong
Daging kambing aqiqah siap potong yang tidak memerlukan pelayan semasa majlis.

Saya secara peribadi memang pernah terdengar kaedah ini, tetapi risiko untuk daging kambing rosak dan hilang tekstur dan rasa yang digemari telah merencatkan keinginan untuk mencuba kerana amanah aqiqah ini jika tidak dilaksanakan sebaiknyaboleh rosak nama baik kami. Alhamdulillah kambing golek yang siap dipotong ini diterima baik oleh para tetamu. Tiada pula dengar rungutan daripada pelanggan kami.

Comments

Popular Posts