TEMPAHAN AKIKAH LEMBU

Assalamu’alaikum Wrmbth, Selain kambing, akikah lembu juga dibenarkan oleh syara’ dengan beberapa perbezaan. Akikah dengan lembu lazimnya menjadi pilihan bagi keluarga yang mempunyai kelahiran yang ramai dan dilaksanakan atas persepakatan adik beradik atau saudara mara. Perbezaan syarat akikah lembu dengan kambing adalah kambing 1 bahagian manakala lembu 7 bahagian. Akikah lembu anak lelaki seperti disyariatkan afdhal dengan 2 bahagian manakala bagi bayi perempuan 1 bahagian.
aqiqah lembu

Faktor lain pemilihan akikah lembu kerana  bahagian lebih murah daripada kambing. Harga pasaran semasa pada November 2011 (menggunakan harga kambing jualan Pakar Kambing Golek dan Panggang Harga Murah) adalah RM760. Kesukaran yang timbul dalam memenuhi syarat akikah lembu adalah mencukupkan kuota 7 bahagian kerana penjual lembu menjual lembu mengikut bilangan 1 ekor dan bukan 1 bahagian kecuali sekeluarga berpakat berkorban lembu bersama. Sebagai contoh, jika sebuah keluarga berhasrat melakukan 3 akikah lembu anak lelaki, maka jumlah bahagian yang afdhal(2 ekor untuk seorang bayi) adalah 6 dan masih tertinggal 1 bahagian. Faktor inilah yang kerap membantutkan akikah dengan lembu.

lembu aqiqah


Permintaan lembu aqiqah adalah kurang jika dibandingkan dengan kambing kerana daging kambing dimasak kari dan bakar memang kegemaran ramai. Insyaallah proses ini akan menjadi lancar dimasa kelak untuk para pelanggan kami melaksanakan akikah lembu anak lelaki dan perempuan pada harga yang lebih berpatutan. Situasi menang-menang yang menguntungkan kedua-dua belah pihak dengan memenuhi kedua-dua syarat akikah lembu dan tuntutan melaksanakan sunat muakkad ini.

Comments

Popular Posts