SEMBELIHAN DALAM ISLAM


Assalamu'alaikum Wrmbth

Muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah, tahukah anda bahawa semua orang islam lelaki boleh melakukan sembelihan binatang ternakan atau liar bagi tujuan aqiqah, qurban, makan sendiri, jual beli daging dan sebagainya?

Ada pula banyak orang bertanyakan, bolehkan wanita melakukan penyembelihan?


Mari kita lihat dahulu apakah yang dimaksudkan dengan sembelihan.
  • menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.


Bagi tujuan penyembelihan, wajiblah memenuhi rukun sembelihan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu:

  1. Penyembelih - iaitu islam dan tidak dalam ihram haji
  2. Binatang yang disembelih - iaitu yang halal dimakan dan mati dengan hanya sekali sembelih
  3. Alat sembelihan - iaitu dengan alat yang tajam kecuali gigi, tulang, kuku, rambut, tali


Syarat sah sembelihan:
  • niat sembelih kerana Allah
  • memutuskan urat halkum dan urat merih
  • menggunakan alat-alat sembelihan tajam selain tulang, gigi, rambut
  • menyembelih binatang yang halal dimakan dan masih hidup
  • binatang yang disembelih mati dengan sekali sembelihan
  • disembelih orang Islam atau ahli kitab
  • tidak dilakukan semasa berada dalam ihram haji atau umrah


Terdapat juga perkara-perkara yang sunat dilakukan:

  • menyebut nama Allah
  • menggunakan alat sembelihan yang tajam
  • melakukan sembelihan di siang hari
  • memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat mati
  • menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah ke sebelah rusuk kiri


Antara perkara-perkara yang makruh sembelihan:

  • alat sembelihan yang tumpul
  • menampakkan alat sembelihan kepada kepada binatang sembelihan
  • melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih
  • tidak menghadap kiblat
  • tidak membaca basmalah
  • mematahkan leher binatang sembelihan sebelum nyawanya hilang


Menurut jumhur ulama, hukum penyembelihan bagi wanita adalah HARUS. Maka, boleh dikatakan bahawa kita boleh makan daging sembelihan wanita muslim.


Wallahu'alam, jika saya tersilap, mohon dibetulkan.

Comments

Popular Posts