Kampung Morten MELAKA Lawan Kampung Baru KL

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Tindakan kerajaan melaka menjadikan kampung morten sebagai destinasi perlancongan wajar dipuji kerana menjana pendapatan sambil memulihara warisan seni negara.


Kampung Morten LINK ASAL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Morten yang terletak di tengah Bandaraya Melaka , adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar Melaka.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih menagamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah selain daripada mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.
Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini , yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.

Lain pula ceritanya dengan Kampung Baru Kuala Lumpur, walaupun kedudukannya ditengah-tengah kuala lumpur tetapi kesempatan yang sama tidak dilakukan. Memang wajar kampung ini dikekalkan dan dilindungi oleh semua orang melayu islam.


Kampung Baru, Kuala Lumpur LINK ASAL

Sejarah

Kampung Baru ini telah ditubuhkan pada tahun 1900 oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur dari sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama.
Hari ini, Kampung Baru menjadi sebuah kampung Melayu moden. Beberapa rumah berkayu telah ditukar kepada rumah batu-bata.

Comments

Popular Posts