TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Catering Aqiqah Siap Masak di Blog

>> Wednesday, November 30, 2011

Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah pelanggan kami berpuas hati dengan servis katering masakan kambing kuzi. Siap letak diblog lagi tu. Terima kasih ya. Alhamdulillah Syukur. Asalkan kedua belah pihak berpuas hati. Di blog http://momsfeelgood.blogspot.com/2011/11/di-belakang-tabir-27-nov-2011.html

Salam Maal Hijrah. Cepat je bertukar tahun kan. 1 Muharram 1433 bersamaan 27 November 2011, terlaksana jugak hajat cekpen nak buat kenduri. Kenduri utk aqiqah Sarah, khatan Darwish, kesyukuran Sarah, dan tahlil arwah untuk bapak(pontian) dan mak (tampin). Lega....sangat lega. Cekpen memang dah lama nak buat tapi aku hesitate sikit. So minta tunggu bila ada masa yg lebih sesuai. Jadi, bila Darwish betul2 setuju nak berkhatan, barulah kitorang diskas tarikh dan tempat.. Ada jugak ura2 nak buat di Tampin or Pontian. Tetapi fikir balik, lebih mudah buat kat rumah kitorang. Mudah sbb pakai catering jek. Nak harap tenaga kami bertiga (bibik included) mmg tak terbuat kalau venue tu kat kampung. Cuma, bila kat rumah tu, maklum ajelah, tempat sempit le sikit.


Pilih meja bulat 8 seater je. Scallop tu aku mintak kaler light blue/baby blue dgn light pink. Tapi aku dapat biru gelap dgn shocking pink. Nasiblah aku mmg dah agak kemungkinan derang tak menepati permintaan aku tu, so aku cool ja. Cuma instead of tema yang tenang, serene, khemah ni membuatkan macam ada birthday party. Biras aku cakap "wah siti dari jauh i nampak khemah u" T____T
So lepas Raya Haji tu, aku start lah survey kambing, catering dan khemah. 3 ni paling penting, sbb ada limit bajet hehe. Alhamdulillah, jumpa. Bagusnya hidup dengan informasi di hujung jari. Baca review2 daripada orang lain, mana tau kot ada slack kat majlis orang lain, jadi kita kena hati2 jugaklah. Order sikit2 macam ni takdelah nak demand nak rasa makanan tu macam mana ye tak. Patut2 le dgn rega kan. Yg pasti harga lebih murah kalau lokasi caterer tu luar KL. Ada jugak tanya kat restoren 'ternama' kat puchong ni, yg memang aku tau rasa dia macam mana, tapi tu lah, lari bajet cekpen kang.

Kambing kuzi, beriani dgn ayam masak merah beserta side dishes, semua dari Kambinghalal.com Eh ...siap bg aqiqah certificate utk Sarah. Memang camtu ke pesen sekarang?
Lepas konfemkan 3 benda ni, barulah fikir yg lain-lain. Takdelah banyak 'lain-lain' tu, hehe sbb kang hover plak macam buat kenduri kawin. Aku just order roti jala dgn pulut kuning dari kedai makan breakfast yg kitorang dulu2 selalu pergi. Pulut kuning tu pun idea cekpen, pastu aku cadangkan pack je pulut kuning tu as door gift, sbb takut orang dah kenyang karang tak jalan pulak pulut tu kan.
Then aku order cheesetart special..special sbb wife anak buah cekpen yg buat. Lagi special sbb dapat kek coklat stoberi percuma..hehe thanks Aida *angkat tangan miss universe*. Disebabkan aku tak tau ada kek coklat stoberi suprise dari Aida ni, aku order butter cake dari Uniquecake. Order 2 kg, tapi aku kan adalah lupa, 2 kilo butter cake adalah seciput aje saiznya huahuahua, jadi aku tambah 0.5kg Angry bird butter cream cake Berrys. Hambik ko, takde birthday takde apa tapi ada 3 cake..Alhamdullilah...heheh

blog comments powered by Disqus

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP