Ustaz Don AL HIJRAH

Dengan siaran stesen televisyen islamik pertama di Malaysia, tampil jugalah bakat baru yang muda bertenaga bersemangat waja membarisi rancangan terbitan TV AL HIJRAH. Salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Don Danial Don Biyajid aka Ustaz Don.
ustaz don danial

Selaku pendatang baru dalam dunia penyiaran disini saya sertakan sedikit profile Ustaz Don Danial. Nama penuhnya ialah Ustaz Don Danial Don Biyajid dan beliau adalah lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan kini bertugas di Kolej Universiti Islam Selangor Bangi (KUIS).

Penampilan beliau di TV ALHIJRAH telah menarik minat generasi muda dan kini rancangan “Program 30 Minit Ustaz Donmempunyai pengikut dari golongan muda dan ini boleh dilihat dari tertubuhnya kumpulan Kami Suka Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di Facebook. Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari. Anda boleh ikuti di FACEBOOK USTAZ DON

Ternyata perancangan dan percaturan yang diambil olek pihak bertanggungjawab mula mendatangkan hasil dengan hadirnya ikon Ustaz Don TV AL HIJRAH.

Bagi mereka yang berminat mengikuti rakaman siaran Ustaz Don Daniyal youtube adalah jawapannya. Semoga TV AL HIJRAH akan mendatangkan sinar harapan dalam menjernihkan industry penyiaran yang dipenuhi wabak hedonism yang melemaskan. Insyaallah
 
 Lagi video  Ustaz Don di Youtube. Jangan sampai Taksub ya. :)


Comments

Popular Posts